• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • KUMPULAN BADAN PEMIKIR: Kluster Tempat Kerja Perlu Ditangani Segera Untuk Mengelakkan Tragedi Lembah Klang Daripada Berulang Di Negeri-negeri Lain

KUMPULAN BADAN PEMIKIR: Kluster Tempat Kerja Perlu Ditangani Segera Untuk Mengelakkan Tragedi Lembah Klang Daripada Berulang Di Negeri-negeri Lain

August 20, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • COVID-19

Institut Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Bait Al-Amanah mendesak bakal kerajaan baharu supaya segera menangani kluster-kluster COVID-19 di tempat kerja dalam usaha mengawal pandemik ini. Kami juga menyeru bakal kerajaan supaya segera bertindak untuk mengelakkan negeri-negeri lain di Malaysia daripada mengalami musibah kesihatan yang berlaku di Lembah Klang. Malaysia memerlukan langkah-langkah proaktif berasaskan kajian dan data saintifik untuk mengelak keruntuhan sistem kesihatan awam kita, dan menjadi iktibar kepada kesihatan awam di negeri-negeri lain yang kurang kelengkapan berbanding di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kami menyokong hasil kajian seorang pakar matematik Stanford yang berasal dari Pulau Pinang, Dr. David Benjamin Lim, yang membina model matematik berdasarkan data rasmi daripada GitHub Kementerian Kesihatan Malaysia. Penemuan beliau menunjukkan kluster tempat kerja menyumbang besar kepada kadar keboleh-jangkitan (Ro) di Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan dalam 6 minggu pertama pelaksanaan penutupan dan penyekatan atau lockdown yang dimulakan pada 1 Jun 2021. Hujah yang sama boleh diketengahkan untuk Lembah Klang dalam 4 minggu pertama penguatkuasaan lockdown.

Hal ini demikian, terdapat bukti kukuh jika tiada lagi kluster tempat kerja dalam jangka masa tersebut – penularan COVID-19 dapat dikurangkan. Oleh itu, dakwaan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri baru-baru ini yang menyatakan sektor perkilangan hanya menyumbang sedikit kepada bilangan kes harian adalah tidak tepat. Sebaliknya, walaupun suatu kumpulan itu hanya menyumbang peratusan yang kecil kepada keseluruhan bilangan kes COVID-19, tidak bermakna kumpulan ini tidak berpotensi untuk menjadi punca utama penularan. Terdapat kebarangkalian bahawa sebuah subset kecil dalam masyarakat boleh memiliki kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan menjadi penyumbang besar kepada penularan keseluruhan COVID-19 di Malaysia.

Seterusnya, Malaysia perlu melaksanakan strategi yang lebih bersasar terhadap kluster-kluster tempat kerja dan belajar daripada kegagalan lockdown menyeluruh ini. Kita tidak boleh terus menguatkuasakan langkah-langkah yang sama berulang kali dan mengharapkan perubahan. Kita tidak boleh terus menghukum semua perniagaan dan sektor yang tidak mewujudkan sebarang kluster, terutama perniagaan yang beroperasi di luar dengan pengudaraan yang lancar. Hanya dengan data terperinci kita boleh mengenalpasti sektor-sektor yang mencetuskan kluster-kluster.

Dengan itu, kami mencadangkan beberapa langkah untuk menangani kluster tempat kerja:

i)   Lockdown bersasar yang memfokuskan kilang-kilang yang mencetuskan kluster aktif COVID-19;

ii)  Pembinaan fasiliti penginapan untuk pekerja asing dengan keadaan selamat, selesa dan mematuhi protokol penjarakan sosial, serta menguatkuasakan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446);

iii)   Pelaksanaan ujian rutin berjadual atau rostered routine testing (RRT), di mana para pekerja akan menjalani ujian COVID-19 setiap dua minggu;

iv)   Pengasingan kes-kes suspek atau positif di sebuah lokasi ditetapkan, sama seperti amalan kuarantin kendiri;

v)    Peningkatan usaha vaksinasi bersasar kepada golongan industri, pekerja tempatan dan pekerja asing; dan

vi) Peningkatan penguatkuasaan terhadap kilang-kilang haram yang menggajikan pekerja-pekerja asing tanpa izin yang tidak mematuhi langkah-langkah sepatutnya

Selain daripada cadangan-cadangan yang dibentangkan berdasarkan penemuan penyelidikan, kami juga menekankan keperluan untuk mengukuh dan meningkatkan kapasiti ICU di hospital. Langkah ini boleh dijalankan dengan mempercepat pembinaan fasiliti ICU dengan Unit Kebergantungan Tinggi (High Dependency Unit) berhampiran hospital-hospital utama, berdasarkan kepakaran dan pengalaman negara-negara maju.

Akhir sekali, kami menyeru untuk perkongsian data secara terbuka dan telus bagi menggalakkan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam menangani penularan COVID-19 secara efektif. Adalah amat penting sekali untuk kerajaan berkongsi data terperinci, terutama berkenaan sektor-sektor terlibat dalam kluster tempat kerja, termasuklah kilang-kilang dan tapak pembinaan. Selain itu, data pesakit yang dijangkiti juga haruslah terperinci sehingga ke peringkat daerah, termasuk maklumat penting pesakit seperti kumpulan umur dan komorbiditi. Semua ini adalah demi penganggaran keperluan ICU yang lebih tepat (namun maklumat unik pesakit tidak perlu disertakan untuk melindungi identiti pesakit).

Sudah tiba masanya untuk strategi negara kita menggunakan pendekatan yang lebih baharu dan efektif berdasarkan sains dan data. Kita perlu berpandangan jauh dan merancang selain daripada pelaksanaan lockdown yang menimbulkan pelbagai masalah lain. Pendekatan baharu ini diperlukan kerana terdapat kebarangkalian besar bahawa varian COVID-19 yang kebal vaksin bakal muncul. Dengan penerimaan COVID-19 sebagai endemik, kita mesti melaksanakan usaha yang melibatkan seluruh masyarakat awam. Oleh itu, kita memerlukan data yang tepat dan terperinci untuk membimbing kita ke arah langkah-langkah yang lebih bersasar dan efektif. Semoga golongan pakar dan bijak pandai di Malaysia dapat mengeluarkan Malaysia daripada krisis kesihatan dan ekonomi ini, sebelum semuanya terlambat.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Mengenai Bait Al-Amanah
Bait Al-Amanah merupakan sebuah institusi penyelidikan bebas yang menyokong penggubalan dasar dan pembuatan keputusan melalui kajian dan analisis yang kukuh, bebas dan merentasi pelbagai disiplin dalam bidang tadbir urus, demokrasi, ekonomi, keselamatan serta isu-isu berkepentingan nasional. Bait Al-Amanah juga menyediakan perkhidmatan rundingan dalam Risiko Politik & Ekonomi, Pembangunan Sosial & Kelestarian serta Media, Analisis Data Raya & Teknologi. Untuk maklumat lanjut, layar https://baitalamanah.com/.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Cellini Basri, Ketua Perhubungan Luar
T: +6012 489 6585 | E: cellinibasri.alt@gmail.com

Share

Related posts

November 14, 2025

IDEAS: ASEAN Must Continue to Streamline Standards and Reduce Regulatory Complexity to Increase Small Business Participation In Regional Markets


Read more
November 14, 2025

IDEAS: ASEAN Perlu Perkemas Piawaian dan Kurangkan Kerumitan Pengawalseliaan untuk Tingkatkan Penyertaan Perniagaan Kecil dalam Pasaran Serantau


Read more
October 31, 2025

IDEAS: US Pact Undercuts Malaysia’s Regional Partnerships and Neutrality while Delivering Little Reassurance for Businesses


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)