Kuala Lumpur, 12 Disember 2024: Kumpulan Rentas Parti Parlimen (KRPPM) mengenai Pendanaan Politik telah mengadakan mesyuarat kali ke-8 hari ini dan memutuskan untuk memperluas skop perbincangan bagi merangkumi bidang kritikal tambahan untuk memastikan demokrasi yang lebih berfungsi dan persaingan politik yang lebih adil.
Bidang baharu ini termasuk:
Perluasan skop ini selari dengan objektif penubuhan KRPPM, iaitu untuk menyediakan platform bagi Ahli Parlimen, Senator, organisasi masyarakat sivil (CSO), dan pakar untuk berbincang secara terperinci tentang penambahbaikan tadbir urus pendanaan politik. Pada masa akan datang, tumpuan kami akan diperluaskan kepada pendanaan sistem politik Malaysia secara keseluruhan, dengan tumpuan terhadap reformasi struktur yang diperlukan untuk memperkukuh ketelusan dan kebertanggungjawaban. Dengan skop yang diperluaskan ini, KRPPM berharap akan menjadi platform untuk perbincangan kritikal yang menyokong kematangan jangka panjang demokrasi negara.
KRPPM ini telah mencapai kemajuan ketara dalam meletakkan asas reformasi pendanaan politik. Pencapaian utama termasuk:
membentangkannya kepada YB Dato’ Seri Azalina Othman Said dan YB M. Kulasegaran, Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Perluasan skop KRPPM menggariskan keperluan untuk pendekatan menyeluruh dalam pendanaan sistem politik Malaysia. Walaupun kemajuan telah dicapai dalam Rang Undang-Undang Pendanaan Politik, adalah penting untuk kerajaan menunaikan janji mereka. Reformasi yang lebih luas, termasuk pendanaan kempen pilihan raya, peruntukan pembangunan kawasan, dan pengisytiharan harta, adalah penting untuk membina semula kepercayaan rakyat terhadap institusi politik kita. KRPPM ini kekal menjadi platform penting dalam mendorong reformasi ini ke hadapan.
KRPPM juga menegaskan komitmen untuk memperjuangkan penggubalan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik seperti yang dijanjikan oleh kerajaan dalam Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028. Pada masa yang sama, kami mengiktiraf kepentingan melaksanakan pembaharuan selari dalam bidang utama lain bagi mereformasikan sistem politik.
Dengan skop yang diperluaskan ini, KRPPM mengenai Pendanaan Politik akan terus bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang yang diperlukan terhadap kerajaan, memberikan maklum balas yang berinformatif mengenai reformasi institusi yang penting, dan memberikan tekanan secara konsisten untuk membentangkan undang-undang pendanaan politik yang telah lama tertangguh.
— TAMAT —
Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPP) – Pendanaan Politik di Malaysia, sila Layari: bit.ly/APPGPolfin
Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my