Kuala Lumpur, 24 Mei 2023: Kumpulan Rentas Parti Politik Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai Pendanaan Politik menyambut baik komitmen Dato’ Seri Azalina Othman Said, Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi untuk mengangkat semula RUU Dana Politik untuk kelulusan dasar baharu oleh Jemaah Menteri. Dalam jawapan beliau kepada YB Khoo Poay Tiong, Dato’ Seri Azalina antara lainnya menekankan kepentingan libat urus bersama parti-parti politik dan pihak berkepentingan yang lain. Beliau juga berkata bahawa RUU Dana Politik tersebut akan dirujuk kepada Jawatuankuasa Pilihan Khas.
Kami menyeru supaya sesi libat urus juga diadakan bersama kumpulan kami. RUU Persendirian yang kami hantar kepada Dewan Rakyat tahun lepas mengandungi beberapa saranan penting yang juga dibangkitkan oleh YB Khoo, contohnya pembiayaan awam untuk parti politik. Pembiayaan awam untuk parti politik boleh membantu menampung kos operasi parti politik dan membentuk sistem poliitk yang lebih saksama. Kami juga menyarankan penubuhan Suruhanjaya Pendaan Politik sebagai badan pemantau bebas untuk mengawalselia proses pengisytiharan dana oleh parti-parti politik. Kumpulan kami amat berbesar hati untuk mengadakan pertemuan bersama Dato’ Seri Azalina dalam masa yang terdekat.
— TAMAT —
Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Aira Azhari,
Pengurus Kanan,
Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my
Salsabila Abdul Manan, Eksekutif Penyelidikan,
Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: salsabila@ideas.org.my
Anggota KRPPM mengenai Pendanaan Politik Parlimen ke-15
Ahli Parlimen
Senator
Ahli CSO