• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Kerajaan perlu segerakan Pembaharuan Pendanaan Politik ketika siasatan SPRM dan pemarkahan CPI yang merosot

Kerajaan perlu segerakan Pembaharuan Pendanaan Politik ketika siasatan SPRM dan pemarkahan CPI yang merosot

February 7, 2023
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Malaysia
  • political financing
  • politics

Kuala Lumpur, 3 Februari 2023: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan organisasi yang menandatangani kenyataan ini memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat kemajuan dalam siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana pakej rangsangan COVID-19. Bagaimanapun, kami bimbang dengan persepsi berlarutan terhadap siasatan terpilih ke atas parti pembangkang. Kami menyeru kerajaan dan parti-parti politik untuk bekerja secara serius ke arah pembaharuan institusi untuk SPRM yang lebih bebas dan pendanaan parti politik yang lebih telus.

Perundangan pendanaan politik adalah satu langkah penting untuk mengurangkan rasuah politik. Perundangan ini juga akan meletakkan semua parti politik, bukan sahaja parti pembangkang, tertakluk kepada langkah-langkah ketelusan, pendedahan dan penelitian yang sama. Rang Undang-undang Persendirian yang diperkenalkan oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen (KRPPM) mengenai Pendanaan Politik sebelum ini, yang mana sebahagian daripada ahli kumpulan ini adalah sebahagian daripadanya, memerlukan semua parti politik mengisytiharkan sumber pendanaan mereka kepada sebuah suruhanjaya bebas. Mengisytiharkan sumber pendanaan akan mengurangkan kemungkinan parti politik mendapatkan dana daripada cara yang menyalahi undang-undang seperti penyelewengan dana awam, rasuah, atau pengubahan wang haram. Selanjutnya, KRPPM ini mengesyorkan pendanaan awam sebagai cara untuk membendung rasuah politik, di mana kerajaan menyediakan dana kepada parti politik berdasarkan formula yang ditetapkan, seterusnya mengurangkan kebergantungan yang berlebihan kepada dana sektor swasta dan konflik kepentingan yang berpotensi timbul daripada hal ini.

Meningkatkan kebebasan SPRM akan merangsang keyakinan orang ramai terhadap SPRM dan mengurangkan persepsi institusi itu digunakan untuk tujuan politik. Hal ini boleh dilakukan dengan memastikan jaminan kepada tempoh perkhidmatan pesuruhjaya dan mewujudkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Bebas (IACC). Kajian menunjukkan bahawa suruhanjaya anti-rasuah yang mempunyai autonomi yang lebih luas secara amnya lebih berjaya dalam usaha memerangi rasuah.

Kami juga ingin mengingatkan kerajaan bahawa Pelan Pencegahan Antirasuah Kebangsaan (NACP) yang dilancarkan pada tahun 2019 menyasarkan untuk memperkenalkan perundangan pendanaan politik menjelang akhir tahun 2020 dan mempunyai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang berasingan untuk SPRM menjelang akhir tahun 2023. Komitmen ini dibuat oleh kerajaan campuran yang terdiri daripada parti-parti yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan semasa. Kedua-dua sasaran malangnya telah dikeluarkan apabila NACP menjalani semakan separuh penggal pada tahun 2021. Sasaran tersebut harus dikembalikan semula jika kerajaan semasa bersikap serius untuk menjadikan SPRM lebih bebas.

Kerajaan harus lebih peka tentang cara mengendalikan kepercayaan awam yang rapuh terhadap institusi. Pemarkahan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang diterbitkan baru-baru ini menunjukkan kemerosotan prestasi Malaysia dalam membasmi rasuah – jatuh enam mata dalam tempoh tiga tahun lepas – sepatutnya mendorong kerajaan untuk memulakan semula usaha pembaharuan dalam kedua-dua perkara utama ini dengan segera. Memandangkan NACP akan tamat pada penghujung tahun ini, maka adalah lebih penting kini bagi kerajaan untuk menunjukkan kesungguhan politik dalam melakukan perubahan.

Kenyataan oleh:

IDEAS – Sekretariat kepada KRPPM mengenai Pendanaan Politik yang baru dibubarkan

Organisasi yang menyokong: 

  1. Advancing Knowledge in Democracy and Law Initiative 
  2. Agora Society
  3. Bait Al Amanah
  4. BERSIH 
  5. Engage Network
  6. RasuahBusters
  7. TI Malaysia

Individu yang menyokong:

1.     Maha Balakrishnan

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Salsabila Abdul Manan, Eksekutif, Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: salsabila@ideas.org.my

Louis Denis, Pengurus Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)