• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Keputusan Kabinet untuk rujuk RUU Pendanaan Politik kepada JKPK satu langkah positif, APPGM gesa garis masa jelas kepada umum

Keputusan Kabinet untuk rujuk RUU Pendanaan Politik kepada JKPK satu langkah positif, APPGM gesa garis masa jelas kepada umum

September 20, 2023
Categories
  • Media Statement
Tags
  • APPGM
  • Bahasa Melayu
  • Demokrasi
  • Independent Institutions
  • Malaysia

Kuala Lumpur, 19 September 2023: Jawapan oleh Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Dato’ Seri Azalina Othman Said kepada soalan berkenaan keputusan Kabinet untuk merujuk RUU Pendanaan Politik kepada JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi merupakan langkah penting dalam usaha mewujudkan sistem politik yang lebih telus.

APPGM bersetuju dengan tujuh perkara yang disebut oleh YB Menteri dalam jawapan beliau, walaupun terdapat satu unsur penting tidak dinyatakan, iaitu pendanaan awam. Pendanaan awam merupakan satu sistem di mana kerajaan memperuntukkan sejumlah wang untuk membiayai perbelanjaan aktiviti parti-parti politik. Sistem pendanaan awam ini mampu mendorong kepada kesaksamaan antara parti-parti politik dan mengurangkan kebergantungan kepada penderma swasta. Pelaksanaan sistem pendanaan awam akan menelan kos buat pihak kerajaan, namun kami percaya perbelanjaan ini perlu demi kelestarian jangka panjang demokrasi di Malaysia. 

Akhir sekali, adalah penting untuk menetapkan satu garis masa yang jelas untuk membentangkan Rang Undang-Undang ini di Parlimen, yang harus dimaklumkan kepada umum. APPGM kami bersedia untuk membantu usaha JKPK dalam proses ini dengan menyumbang draf RUU yang telah kami rangka. Pembentangan RUU Pendanaan Politik ini tidak boleh dilengahkan lagi.

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Aira Azhari
Pengurus Kanan Penyelidikan
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my

Tentang KRPPM Mengenai Pendanaan Politik

KRPPM Mengenai Pendanaan Politik telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 23 April 2023. Objektif utama KRPPM Mengenai Pendanaan Politik adalah untuk mewujudkan satu sarana supaya para Ahli Parlimen, Senator dan organisasi masyarakat sivil (CSO) dapat mengadakan perbincangan serta mempertimbangkan kepentingan pembaharuan pendanaan politik di Malaysia.

Anggota KRPPM Mengenai Pendanaan Politik

Ahli Parlimen

  1. YB Tuan Wong Chen (PKR – Subang) (Pengerusi)
  2. YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) (Timbalan Pengerusi)
  3. YB Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (PBM – Julau) (Setiausaha)
  4. YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah (PPBM – Indera Mahkota) (Bendahari)
  5. YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PKR – Lembah Pantai)
  6. YB Tuan Haji Adly Zahari (Amanah – Alor Gajah)
  7. YB Lukanisman Awang Sauni (PBB – Sibuti)
  8. YB Puan Wong Shu Qi (DAP – Kluang)
  9. YB Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA – Muar)
  10. YB Puan Syerleena Abdul Rashid (DAP – Bukit Bendera)

Senator

  1. YB Tuan Hasbie Muda (Amanah)

Ahli CSO

  1. Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) (Sekretariat)
  2. Agora Society
  3. Bait Al-Amanah
  4. Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4)
  5. Engage Network
  6. G25 Malaysia
  7. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)
  8. Rasuah Busters
  9. Transparency International-Malaysia (TI-M)
  10. Badan Peguam Malaysia
  11. Puan Maha Balakrishnan (Pakar)
  12. Prof. Wong Chin Huat (Pakar)
Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)