• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Kenyataan Media Bersama – Pemulihan Integriti: Gesaan Reformasi Struktur SPRM

Kenyataan Media Bersama – Pemulihan Integriti: Gesaan Reformasi Struktur SPRM

January 14, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • rasuah
  • Reformasi
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

KHAMIS, 12 JANUARI 2022, KUALA LUMPUR – Dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dato’ Sri Azam Bin Baki telah menimbulkan pelbagai persoalan kepada rakyat Malaysia yang mendesak institusi tersebut untuk mencapai standard etika, tadbir urus dan kebebasan yang tinggi sebagai sebuah badan dan agensi kerajaan yang membawa jenama integriti.

Susulan daripada insiden tersebut, kami dengan ini menuntut agar langkah-langkah reformasi termasuk pembaharuan struktur SPRM dapat dijalankan dengan segera. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan kredibiliti kerajaan, institusi berkaitan dan komitmen kolektif terhadap tadbir urus dan integriti yang diharapkan.

  1. Siasatan bebas untuk dilaksanakan oleh pihak yang tidak mempunyai kaitan dengan SPRM bagi memastikan keadilan dalam isu-isu berikut:
    a. Sama ada saham yang didakwa dibeli, adakah diisytiharkan di bawah Akta Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
    b. Sama ada status benefisial pemilikan saham telah diisytiharkan kepada Suruhanjaya Sekuriti di bawah Section 25(4) of the Securities Industry (Central Depositories) Act 1991.
  2. Krisis yang dihadapi ini jika tidak ditangani secara telus, menimbulkan kebimbangan bahawa SPRM tidak dapat menjalankan fungsi hakikinya. Maka di sini, kami ingin mengulangi semula cadangan pembaharuan yang diinisiatifkan pada 2015 oleh Badan Peguam Malaysia, pusat C4, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Transparency International Malaysia (TI – M), dan Rangkaian Rakyat untuk Better Malaysia (CNBM) seperti berikut:
    a. untuk mewujudkan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (SBPR) sebuah suruhanjaya yang diberi mandat oleh perlembagaan, tidak di dalam kawalan dan pengaruh Eksekutif; yang akan melaporkan kepada Parlimen dan memberikan pengawasan terhadap agensi siasatan yang akan dinamakan semula sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
    b. untuk memastikan kebebasan Pesuruhjaya yang berkhidmat dengan suruhanjaya tersebut; dan
    c. menjamin tempoh perkhidmatan (tenure) Pengerusi dan Pesuruhjaya badan berkenaan;
    d. untuk meminda Akta SPRM 2009, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Perlindungan Saksi 2009.
    e. Mengguna pakai Undang-undang Kebebasan Maklumat dan Pengisytiharan Aset
  3. Kami percaya bahawa cadangan reformasi tersebut adalah kesinambungan terkait tuntutan bahawa SPRM perlu dijadikan badan bebas sepertimana yang dinyatakan oleh #RasuahBusters pada 11 September 2021. Untuk itu, kami menegaskan bahawa terdapat keperluan mendesak untuk reformasi tersebut dilaksanakan segera untuk pengukuhan SPRM kerana tanpa rangka kerja yang bebas, telus dan kukuh untuk bertindak dalam isu membabitkan rasuah, mana-mana agensi pencegah rasuah pasti akan gagal melaksanakan fungsinya sebagai badan yang dipercayai rakyat. Pihak #RasuahBusters dan gabungannya mengalu-alukan penerimaan oleh pihak kerajaan terhadap sebahagian tuntutan September lalu dan akan kami akan terus memastikan tuntutan-tuntutan lain turut diimplementasikan di negara ini.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

OLEH #RASUAHBUSTERS, IDEAS, C4, GBM,
BERSIH 2.0, TRANSPARENCY INTERNATIONAL MALAYSIA , U18
019-3823635

Share

Related posts

October 31, 2025

IDEAS: US Pact Undercuts Malaysia’s Regional Partnerships and Neutrality while Delivering Little Reassurance for Businesses


Read more
October 31, 2025

IDEAS: Perjanjian AS-Malaysia Jejas Perkongsian Serantau dan Sikap Berkecuali Malaysia, Gagal Beri Jaminan kepada Sektor Perniagaan


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)