• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Kenyataan Bersama: Jaminan Diperlukan Bagi Menambahbaik RUU Perkhidmatan Parlimen 2025

Kenyataan Bersama: Jaminan Diperlukan Bagi Menambahbaik RUU Perkhidmatan Parlimen 2025

March 5, 2025
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Independent Institutions
  • Malaysia
  • Reform

Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) YB Dato’ Seri Azalina Othman Said yang menjanjikan beberapa perubahan seperti kuota Ahli Parlimen Pembangkang di dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP), sebagaimana yang diusulkan di dalam kenyataan kami pagi kelmarin dan pada 28 Februari 2025. Kami juga merakamkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang berbahas dengan mantap, antaranya Ahli Parlimen Subang, Indera Mahkota, Bangi dan Tasek Gelugor yang memetik kenyataan kami.

Walau bagaimanapun, kami melahirkan kegusaran daripada ucapan oleh PM dan Menteri, serta susulan perbahasan yang timbul, bahawa masih terdapat beberapa perkara penting di dalam RUU ini yang belum dibangkitkan dan ditangani dengan tuntas.

Kami menggesa Ahli Parlimen yang dijadualkan untuk membahaskan RUU pada hari ini supaya membangkitkan 4 perkara berikut, dan sekiranya RUU ini tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) sebagaimana cadangan kami, maka Dato’ Seri Azalina Othman Said perlu memberi jaminan ini di dalam ucapan penggulungan beliau hari ini.

  1. Penubuhan Jawatankuasa Tetap di Dewan Negara dan Dewan Rakyat (Jawatankuasa Bersama) berhubung Pentadbiran dan Kewangan Parlimen yang akan menjadi sebagai mekanisme pemantauan kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen. Jawatankuasa Bersama ini perlu mempunyai kuasa untuk menyemak peruntukan kepada Parlimen dan mencadangkan jumlah yang berpatutan bagi memastikan peruntukan yang mencukupi kepada perkhidmatan parlimen, termasuk peruntukan pembangunan kawasan kepada Ahli Parlimen. Penubuhan jawatankuasa ini memerlukan pindaan Peraturan Mesyuarat sedia ada dan juga RUU Perkhidmatan Parlimen.
  2. Peruntukan berhubung Laporan Tahunan Parlimen harus dibentangkan di Parlimen bagi menjadikan parlimen yang bertanggungjawab, bebas dan telus. Kandungan Laporan Tahunan ini haruslah bersifat komprehensif termasuklah berhubung aspek penting dalam fungsi parlimen, pentadbiran, kewangan, prestasi dan tatakelola yang baik. Hal ini termasuk juga aktiviti yang melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) dan Kumpulan Ahli Parlimen Rentas Parti (KRPPM).
  3. Peruntukan yang mewajibkan etika kakitangan Perkhidmatan Parlimen bersifat tidak berpihak dan larangan terhadap nepotisme di dalam Akta Perkhidmatan Parlimen. Hal ini memerlukan semua ahli Perkhidmatan Parlimen perlu bertindak secara tidak berpihak dan tidak tertakluk kepada tekanan serta campur tangan badan Eksekutif, dan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pelantikan ahli-ahli Perkhidmatan Parlimen adalah berdasarkan merit, dan bukannya pertimbangan yang lain. Prinsip keadilan juga harus tercermin di dalam Akta Perkhidmatan Parlimen dengan membuang kawalan Ketua Pentadbir ke atas ahli-ahli Perkhidmatan Parlimen.

Cadangan kami untuk merujuk Akta Perkhidmatan Parlimen kepada JPKP adalah kerana, secara amnya, Ahli Parlimen tidak boleh membentangkan pindaan RUU ini di peringkat Jawatankuasa Sesebuah Majlis tanpa satu hari pemberitahuan (dalam hal ini, hari Isnin) di bawah Peraturan Mesyuarat 57(2) Dewan Rakyat. Ini menunjukkan ketidakanjalan yang menghalang RUU Kerajaan untuk dipinda dan menjadikan perbahasan mantap di Dewan hanya sekadar aksi untuk media dan orang ramai tanpa ada sebarang kesan terhadap undang-undang.

Sekiranya RUU Perkhidmatan 2025 diluluskan hari ini, kami menggesa Kerajaan untuk menjanjikan libat urus yang penuh dan terbuka bersama anggota masyarakat sivil dan pihak-pihak berkepentingan yang lain dalam memperhalusi kumpulan nukleus dalam tempoh dua tahun akan datang. Penambahbaikan RUU daripada input masyarakat sivil seharusnya menjadi langkah pertama, dan bukannya terakhir,  ke arah reformasi parlimen yang lebih mendalam.

Kami mengucapkan selamat kepada Dewan Rakyat yang akan menangguhkan sidang ini pada hari Khamis, serta selamat menyambut Ramadan kepada semua Ahli Parlimen sama ada sebagai seorang muslim atau dalam rangka merapatkan hubungan dengan pengundi di kawasan masing-masing. Kami juga mendoakan persidangan Dewan Negara yang sedang berjalan membuahkan hasil dengan input yang lebih bermakna mengenai RUU Perkhidmatan Parlimen ini dan Ramadan yang penuh keberkatan untuk semua Senator.

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Dikeluarkan oleh:
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS)
Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM)
Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA)
Rasuah Busters

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)