• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • KDPP Sokong Pemerkasaan Jawatankuasa Pilihan Tetap di Parlimen, Gesa Pembaharuan Diperluaskan ke Dewan Undangan Negeri

KDPP Sokong Pemerkasaan Jawatankuasa Pilihan Tetap di Parlimen, Gesa Pembaharuan Diperluaskan ke Dewan Undangan Negeri

August 27, 2025
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Malaysia
  • political financing
  • politics

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2025: Kaukus Demokrasi Pelbagai Parti (KDPP) mengalu-alukan pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang telah menginstitusikan sepuluh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) menjadi jawatankuasa pilihan tetap yang diselaraskan dengan portfolio kementerian, serta pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) baru-baru ini. Reformasi sebegini akan memperkukuh peranan semak dan imbang oleh badan Legislatif terhadap Eksekutif. Penginstitusian dan pemerkasaan jawatankuasa di Dewan Rakyat akan membantu membina rangkaian Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang lebih berpengetahuan, fokus dan bebas; sekaligus memperbaiki proses tadbir urus serta meningkatkan fungsi semak dan imbang Parlimen.

Seiring dengan penekanan terhadap reformasi di peringkat Persekutuan, KDPP menggesa kerajaan-kerajaan negeri agar menunjukkan keutamaan yang sama dalam melaksanakan reformasi legislatif di peringkat negeri. KDPP bekerjasama rapat dengan sekretariat, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk mengadakan libat urus dengan kerajaan negeri serta pihak berkepentingan bagi membincangkan reformasi institusi khusus yang boleh dilaksanakan di negeri-negeri berbeza, khususnya berkenaan isu pemerkasaan Dewan Undangan Negeri (DUN), pendanaan politik dan Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF).

Bagi mendorong reformasi di peringkat negeri, KDPP menggesa DUN disetiap negeri untuk menzahirkan komitmen terhadap perkara-perkara berikut:

  • mereformasi dan memperkasa Jawatankuasa DUN bagi memastikan lebih banyak peluang untuk ADUN menyemak rang undang-undang serta dasar-dasar negeri, memantau dan menilai majlis mesyuarat kerajaan negeri, agensi negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun;
  • mengiktiraf peranan Ketua Pembangkang dan Kabinet Bayangan; dan
  • meningkatkan jumlah hari persidangan DUN

Keutamaan harus diberikan kepada peranan DUN untuk bersikap proaktif dan memulakan wacana awam yang serius mengenai perubahan yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuh demokrasi di peringkat negeri.

Menyedari kepentingan membina gabungan dan rangkaian pihak berkepentingan serta penyokong reformasi institusi, khususnya di peringkat negeri, KDPP bersedia menghulur bantuan kepada mana-mana ADUN, badan pemikir negeri, jabatan negeri atau pihak berkepentingan lain untuk bekerjasama dengan KDPP dalam apa jua bentuk bagi menggerakkan usaha memperkukuh tadbir urus demokratik di peringkat negeri. Sifat KDPP yang merentas parti dan negeri meletakkan kami di dalam kedudukan yang unik sebagai sebuah platform untuk berbincang, memahami dan memperjuangkan reformasi demokratik yang penting di peringkat negeri. Kami menantikan kerjasama dengan semua pihak bagi mencapai sebuah Malaysia yang lebih demokratik.

Dikeluarkan oleh:
Kaukus Demokrasi Pelbagai Parti (KDPP)

Mengenai KDPP

Kaukus Demokrasi Pelbagai Parti (KDPP) merupakan kaukus pelbagai parti dan merentas negeri yang pertama di Malaysia, melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditubuhkan untuk memperjuangkan reformasi institusi dan memperkukuhkan tadbir urus demokrasi di peringkat negeri. Kaukus ini dianggotai oleh ADUN dari lima buah negeri yang berbeza merangkumi pelbagai spektrum politik, bersama wakil-wakil daripada organisasi masyarakat sivil. KDPP dikendalikan bersama oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my

Ahmad Salami
Pegawai Program Kanan, BERSIH
T: 013-2713484 | E: salami@bersih.org

Share

Related posts

October 31, 2025

IDEAS: US Pact Undercuts Malaysia’s Regional Partnerships and Neutrality while Delivering Little Reassurance for Businesses


Read more
October 31, 2025

IDEAS: Perjanjian AS-Malaysia Jejas Perkongsian Serantau dan Sikap Berkecuali Malaysia, Gagal Beri Jaminan kepada Sektor Perniagaan


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)