• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Reformasi pendanaan politik perlu pendekatan mapan dan holistik

IDEAS: Reformasi pendanaan politik perlu pendekatan mapan dan holistik

October 13, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Demokrasi
  • Malaysia
  • PENDANAAN POLITIK

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) hari ini menerbitkan dua kertas dasar Brief IDEAS tentang pendanaan politik di Malaysia. Brief IDEAS yang pertama bertajuk ‘Brief IDEAS No. 33 – Political financing in Malaysia: Recent developments and plugging potential gaps’ oleh Aira Azhari dan Tricia Yeoh, dan yang kedua ‘Brief IDEAS No. 34 – Political financing in Malaysia: Aligning reforms with voter expectations’ oleh Aira Azhari. Penerbitan kedua-dua kertas ini merupakan kemuncak kepada usaha IDEAS selama setahun untuk memastikan ekosistem pendanaan politik yang telus, bertanggungjawab dan diinstitusi.

“Dalam setahun ini, IDEAS telah menyumbang kepada wacana tentang pendanaan politik melalui siri bengkel bersama sayap-sayap pemuda parti, sebuah tinjauan untuk memahami apa yang pengundi harapkan daripada wakil rakyat mereka, menerbitkan dua video yang mendidik masyarakat tentang pendanaan politik bersama rakan kami The Fourth dan yang terkini, usaha untuk membentuk sebuah Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPG) dalam topik pendanaan politik. Kedua-dua kertas yang diterbitkan pada hari ini menampilkan dapatan daripada semua kajian yang kami jalankan setakat ini.

Brief IDEAS No. 33 menelusuri beberapa faktor penting yang perlu diteliti apabila membicarakan tentang undang-undang pendanaan politik. Antaranya ialah, perniagaan milik parti politik, jurang kekayaan di antara satu parti politik dengan yang lain, budaya politik Malaysia yang tidak formal dan pemilihan parti.

Brief IDEAS No. 34 menampilkan dapatan daripada siri bengkel yang telah diadakan di antara Jun – Julai 2021 dan tinjauan yang telah kami komisenkan pada Mei 2021 dan dijalankan di antara 28 Mei hingga 8 Jun 2021. Dapatan daripada kedua-dua aktiviti ini menunjukkan bahawa, selain daripada Akta Pendanaan Politik, Malaysia juga perlu menambahbaik pengurusan Dana Pembangunan Kawasan (CDFs), mengukuhkan agensi kebajikan kerajaan dan memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen serta pilihanraya kerajaan tempatan,” komen Aira Azhari, Pengurus Unit Demokrasi dan Tadbir Urus merangkap pengarang kedua-dua kertas dasar.

“Walaupun pendanaan politik bukan salah satu daripada perkara yang terkandung dalam MoU yang ditandatangani oleh kerajaan persekutuan dan pembangkang baru-baru ini, saya menaruh harapan kerana semakin ramai ahli politik yang menyedari kepentingan hal ini. Reformasi sistem pendanaan politik amat penting untuk mengembalikan kepercayaan kepada demokrasi kita dan untuk melawan rasuah. Saya menggesa semua ADUN dan MP mempertimbangkan cadangan yang kami kemukakan di dalam kertas dasar yang diterbitkan hari ini. IDEAS sentiasa bersedia menyokong reformasi institusi, terutamanya yang melibatkan pendanaan politik.

IDEAS menanti pembentangan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik di sesi parlimen seterusnya. Kami percaya bahawa reformasi pendanaan politik akan menjurus kepada sistem politik lebih stabil yang akan memberi manfaat kepada pengundi dan parti-parti politik. Secara khususnya, pendanaan awam telah terbukti berkesan dalam menstabil dan menginstitusi parti politik di negara lain. Justeru itu, sudah sampai masanya Malaysia juga mempertimbangkan pelaksanaan pendanaan awam terhadap parti politik,” komen Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

Kertas dasar Brief IDEAS boleh dimuat turun di sini:

  • Political financing in Malaysia: Recent developments and plugging potential gaps (ENG) – 
  • Political financing in Malaysia: Aligning reforms with voters’ expectations (ENG) – 

Laporan tinjauan boleh dimuat turun di sini:

Kedua-dua video boleh ditonton di sini:

  • Percaturan wang ringgit dalam politik Malaysia –
  • Cara membaiki sistem politik Malaysia –

— END —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)