• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS puji penamatan perkhidmatan semua lantikan politik, gesa kerajaan untuk tamatkan budaya naungan politik

IDEAS puji penamatan perkhidmatan semua lantikan politik, gesa kerajaan untuk tamatkan budaya naungan politik

December 19, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • GLC
  • governance
  • Malaysia
  • public procurement

Kuala Lumpur, 16 Disember 2022: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan surat yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, untuk menamatkan perkhidmatan semua lantikan politik terhadap lembaga pengarah untuk semua Badan Berkanun Persekutuan (FSB) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), termasuk yang berada di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc).

IDEAS difahamkan bahawa lantikan politik ini dilakukan oleh pentadbiran terdahulu sama ada di bawah kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin atau kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato’ Seri Ismail Sabri. Data Pantau Kuasa IDEAS (satu laman sesawang yang menjejaki lantikan politik sepanjang empat pentadbiran terakhir, www.pantaukuasa.com) menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada 200 lantikanpolitik dalam 72 Badan Berkanun Persekutuan di bawah kerajaan-kerajaan sebelum ini. Pengerusi dan pengarah baharu entiti tersebut kini perlu dilantik oleh kerajaan baharu.  

“Kami berharap pelantikan baharu yang dibuat oleh kerajaan semasa akan berdasarkan kepakaran, kemahiran dan pengalaman dan bukannya gabungan politik semata-mata,” komen Dr Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS. “Memasukkan gabungan politik ke dalam kriteria pelantikan menjejaskan integriti. Lebih-lebih lagi, terdapat risiko wujudnya konflik kepentingan apabila tokoh yang dilantik secara politik mengutamakan program yang mempunyai kepentingan.”

Mengulas mengenai gesaan supaya kuasa budi bicara diberikan kepada Perdana Menteri dalam melantik Pengerusi dan ahli lembaga pengarah baharu entiti awam, Dr Yeoh menambah, “Sesetengah perundangan badan berkanun sudah mengenal pasti entiti dan orang yang sepatutnya melantik Pengerusi dan ahli lembaga pengarah. Oleh itu, peruntukan ini harus dihormati dan dipatuhi. Bagi GLC pula, kuasa pelantikan harus diberikan kepada entiti kerajaan yang memilikinya atau jawatankuasa pencalonan Lembaga Pengarah.”

Melangkah ke hadapan, IDEAS menggesa kerajaan mengeluarkan garis panduan dalam menetapkan kriteria Pengerusi dan Lembaga Pengarah demi melengkapkan ketiadaan kriteria pelantikan di peringkat badan berkanun. “Bagi GLC, “Buku Hijau Meningkatkan Keberkesanan Lembaga Pengarah” yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Putrajaya pada tahun 2006 boleh menjadi rujukan mengenai pelantikan lembaga pengarah GLC. Sebagai contoh, beberapa kriteria yang lebih ketat ini harus digunakan iaitu ahli lembaga mesti memiliki pengetahuan, kemahiran dan pemikiran yang betul. Di samping itu, kriteria penilaian pengarah individu dan Lembaga Pengarah secara kolektif hendaklah telus, disesuaikan dengan keperluan tertentu syarikat, dan secara jelas dikaitkan dengan akibat yang jelas untuk prestasi yang teruk. Usaha sebegini perlu disertakan dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang boleh meneliti dan memantau laporan tahunan Badan Berkanun dengan lebih kerap”, ulas Dr Yeoh.

Akhir sekali, dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan tadbir urus yang baik dalam lembaga pengarah GLC, adalah penting bagi kerajaan untuk mempertimbangkan tanggungjawab lembaga pengarah secara lebih meluas. Garis Panduan OECD mengenai Perusahaan Milik Negara (SOE) menyatakan beberapa prinsip, termasuk lembaga pengarah SOE harus mempunyai kuasa, kecekapan dan objektiviti yang diperlukan untuk menjalankan fungsi bimbingan strategik dan pemantauan pengurusan mereka. Mereka harus bertindak dengan penuh integriti dan bertanggungjawab atas tindakan mereka. Akhirnya, semua ahli lembaga pengarah hendaklah “bebas daripada sebarang kepentingan material atau hubungan… yang boleh menjejaskan pelaksanaan pertimbangan objektif mereka” (OECD, 2015) dan konflik kepentingan harus dicegah, untuk mengehadkan campur tangan politik dalam proses lembaga pengarah.


Untuk maklumat lanjut mengenai lantikan politik, sila layari laman sesawang Pantau Kuasa oleh IDEAS. Pantau Kuasa menjejaki lantikan politik dalam Badan Berkanun Persekutuan (FSB) dalam empat pentadbiran terakhir. IDEAS akan meneruskan pemantauan pelantikan dalam FSB dan GLC terpilih dalam kerajaan semasa dan menjemput orang ramai untuk melayari laman sesawang ini secara kerap (https://www.pantaukuasa.com).

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Halmie Azrie Abdul Halim, Eksekutif, Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: halmie@ideas.org.my

Louis Denis, Pengurus Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)