• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Penjelasan Diperlukan Sejurus Pelantikan Perdana Menteri Sementara

IDEAS: Penjelasan Diperlukan Sejurus Pelantikan Perdana Menteri Sementara

August 16, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Demokrasi
  • Parlimen

Kuala Lumpur, 16 Ogos 201: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengambil maklum akan perletakan jawatan YAB Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya pada hari ini. IDEAS percaya bahawa proses peralihan kuasa dalam beberapa minggu akan datang amat mustahak. Semua rundingan dan kompromi yang dilakukan harus menepati peruntukan yang ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

IDEAS juga menekankan bahawa perlu ada tempoh masa yang jelas untuk Perdana Menteri Sementara mentadbir negara. Perdana Menteri Sementara tidak patut mengumumkan sebarang dasar utama atau meluluskan perbelanjaan dana awam.

Kami menggesa supaya pembentukan kerajaan baharu perlu dilakukan sebelum pembentangan Belanjawan 2022 di Parlimen yang dijangka akan diadakan pada penghujung bulan Oktober 2021.

IDEAS menggesa pihak kerajaan yang akan dibentuk untuk mengutamakan pelaksanaan pembaharuan institusi yang sekian lama telah dijanjikan kepada rakyat Malaysia. Antara pembaharuan tersebut termasuk:

  1. Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) untuk membasmi rasuah;
  2. Pembentangan Rang Undang-undang Pendanaan Politik di Parlimen; 
  3. Pemisahan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya; 
  4. Meningkatkan kebebasan SPRM dengan cara menaikkan statusnya kepada satu badan berperlembagaan; 
  5. Proses pelantikan penjawat awam utama dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilakukan dengan telus dan bebas; 
  6. Memberi kuasa kepada Parlimen dengan memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan memperluaskan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) demi memastikan perwakilan seimbang daripada pihak kerajaan dan Pembangkang, dan;
  7. Satu badan Kehakiman bebas yang diberi kuasa untuk menghakimi semua kes rasuah politik.

Segala dasar untuk memerangi COVID-19 perlu diberi keutamaan, diteruskan serta ditambah baik tanpa gangguan atau penangguhan walaupun proses peralihan sedang berlaku. Hal ini termasuk penerusan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)  dan Pelan Pemulihan Negara serta  Majlis Pemulihan Negara. Penambahbaikan terhadap semua perancangan ini boleh dilakukan, seperti memperkenalkan satu Majlis Kerajaan Persekutuan-Kerajaan Negeri agar dapat melibatkan kerajaan negeri dalam proses membuat keputusan. Namun, gangguan perlu diminimumkan supaya pengurusan wabak kekal menjadi keutamaan.

Proses membentuk kerajaan perlu menentang semua bentuk pembelian Ahli Parlimen ke arah lompat parti, rasuah dan penyalahgunaan dana awam. Kami memahami bahawa iklim politik ketika ini menunjukkan perpecahan dan tidak ada parti yang mampu membentuk kerajaan tanpa mencapai persetujuan dengan parti lain. Namun, proses rundingan ini harus disokong oleh tawaran dasar dan visi untuk membawa Malaysia bergerak ke hadapan. Rakyat Malaysia berhak mengetahui dan memahami proses pembentukan kerajaan, sekaligus bermaksud proses ini perlu dilakukan dengan telus dan bertanggungjawab.

Kerajaan yang akan dibentuk perlu komited terhadap satu garis masa untuk mengadakan Pilihan Raya Umum yang seterusnya. Kaedah terbaik untuk menyelesaikan krisis politik ini adalah mengembalikan kuasa membuat pilihan kepada rakyat Malaysia. Walaupun pilihan raya tidak akan dapat menjamin satu kerajaan yang stabil, hak untuk memilih wakil rakyat merupakan satu hak yang harus diberi kepada setiap rakyat Malaysia.

Paling penting, kerajaan yang akan dibentuk ini juga perlu mengembalikan kepercayaan terhadap institusi dan sistem demokrasi Malaysia. Ketidakstabilan yang dialami sepanjang setahun setengah ini telah mendedahkan banyak kelemahan dalam pelbagai tingkat politik dan tadbir urus negara. Semuanya tidak mampu diselesaikan dengan mudah. Ketidakstabilan ini telah menjejaskan ekonomi serta iklim pelaburan negara. Usaha ke arah pembaharuan institusi dan demokrasi yang lebih sihat perlu diteruskan. Jika dilakukan secara kolektif, kestabilan politik akan mengukuhkan lagi hasil ekonomi dan sosial Malaysia.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah, Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)