Publications > Media Statements

IDEAS menyambut ulang tahun penubuhan ke-11 dengan penuh harapan untuk Malaysia

Kuala Lumpur, 8 Februari 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) pada hari ini menyambut ulang tahunnya yang ke-11. IDEAS ditubuhkan pada hari yang sama dengan tarikh kelahiran Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra al-Hajindividu yang prinsip kebebasan dan keadilannya terus menjadi panduan kepada hasil kerja IDEAS sehingga ke hari ini.

“Tarikh sambutan ini bukan suatu kebetulan. Tunku Abdul Rahman dan ucapan Kemerdekaan beliau merupakan sumber inspirasi kepada banyak hasil kerja kami,” kata Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

“Tahun 2020 merupakan satu masa yang amat mencabar kepada semua, IDEAS turut tidak terkecuali. Kami bertukar kepada lebih output digital, webinar, dan penyelidikan berkaitan COVID-19, di samping mengekalkan kualiti tinggi hasil kerja penyelidikan kami. Semua ini, di tengah-tengah ketidaktentuan serta krisis,” katanya.

Pada tahun 2020, IDEAS telah menerbitkan satu “White Paper on Rare Diseases in Malaysia.” Berikutan penerbitan ini, pihak kerajaan telah memulakan Kerangka Kerja Penyakit Jarang Jumpa Kebangsaan.

“IDEAS telah memulakan satu projek dua tahun yang bercita-cita tinggi untuk mempromosi kepentingan keharmonian hubungan antara kaum, menyeru kepada lebih ketelusan dalam tadbir urus syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun serta mengadakan sidang meja bulat demi menjana saranan untuk perundangan yang dirancang terhadap perolehan awam. Ini bukan satu senarai yang menyeluruh,” katanya.

Satu senarai pencapaian yang lebih lengkap telah diterbitkan di dalam Laporan Tahunan IDEAS 2020, boleh didapati di  ideas.org.my/about/.

“Kami menantikan 11 tahun yang akan datang, ketika kami terus memperjuangkan dasar-dasar yang berani dan bercita-cita tinggi yang mengiktiraf bahawa pemulihan ekonomi dan pembaharuan institusi perlu bergerak seiringan. Ketika waktu yang mencabar ini, adalah lebih penting dari sebelumnya untuk kita menjunjung prinsip-prinsip kebebasan, keadilan, kedaulatan undang-undang, dan pasaran berdaya saing untuk setiap individu yang menganggap Malaysia negaranya,” kata Yeoh.

 “Ketika IDEAS berusaha ke arah 11 tahun yang akan datang,” kata Yeoh, “amat penting untuk kita mengingati visi teras Bapa Kemerdekaan kita. Kita semua merupakan rakyat Malaysia. Ikatan ini yang menyatukan kita dan kesatuan merupakan kekuatan utama kita. Kami bersedia untuk bekerja ke arah Malaysia yang lebih baik.”

“IDEAS ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyokong dan penyumbang kami atas segala sokongan selama ini. Kami mampu untuk terus kekal beroperasi sebagai satu institut penyelidikan bebas bukan berasaskan keuntungan disebabkan oleh sokongan dari mereka.”

— TAMAT —-

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di sini

IDEAS merupakan sebuah institut penyelidikan bebas bukan berasaskan keuntungan. Sumbangan dan geran merupakan cara untuk kami terus kekal beroperasi. Sebarang jumlah sumbangan akan membantu kami bekerja ke arah Malaysia yang lebih baik. Sokong kami dan kerja kami!

2021-02-09T10:14:35+08:00 9th February 2021|Media Statements|Comments Off on IDEAS menyambut ulang tahun penubuhan ke-11 dengan penuh harapan untuk Malaysia