• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS menggesa Kementerian Pendidikan untuk meluaskan pengajaran dan pembelajaran di televisyen untuk menghindari generasi yang hilang

IDEAS menggesa Kementerian Pendidikan untuk meluaskan pengajaran dan pembelajaran di televisyen untuk menghindari generasi yang hilang

January 13, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • COVID-19
  • Education

Kuala Lumpur, 13 Januari 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan perluasan TV pendidikan seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan serta menggesa pihak kementerian untuk memastikan liputan menyeluruh mata pelajaran utama bagi semua peringkat dari sekolah rendah hingga sekolah menengah di televisyen.

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, sesi persekolahan secara bersemuka di Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, dan Wilayah Persekutuan terpaksa ditutup kecuali untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama tempatan bagi tahun 2020 dan 2021. Pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar lain akan dipindahkan ke pembelajaran dalam talian. Menteri Pendidikan telah mengumumkan semalam bahawa program-program pendidikan akan disediakan di televisyen.

Mengulas isu ini, Wan Ya Shin, Pengurus Penyelidikan Unit Dasar Sosial di IDEAS berkata, “Seperti yang kita ketahui terdapat pelbagai cabaran kepada para pelajar dalam mengakses pembelajaran dalam talian. Cabaran seperti kekurangan peranti yang sesuai, akses kepada internet serta sambungan yang stabil, persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan bimbingan ibu bapa disebabkan keperluan ibu bapa untuk bekerja. Kesinambungan pembelajaran dalam talian yang tidak menangani isu-isu yang disebutkan ini akan menghasilkan satu ‘generasi yang hilang’ dan meningkatkan ketidaksamaan pendidikan.”

“Kita perlu meluaskan liputan dan juga capaian pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar yang tidak mempunyai akses terhadap  pembelajaran dalam talian kerana mereka merupakan kumpulan yang paling terdedah dan cenderung untuk tercicir dari sekolah.

“Perluasan pengajaran di bilik darjah melalui televisyen perlu menyeluruh untuk merangkumi semua mata pelajaran utama pada semua peringkat dari sekolah rendah hingga sekolah menengah akan disiarkan di televisyen sepanjang hari demi memastikan kanak-kanak ini tidak ketinggalan.

“Kita belum dapat memastikan sampai bila situasi ini akan berlarutan. Justeru, kita tidak boleh meletakkan masa hadapan serta pendidikan anak-anak kita dalam risiko,” katanya.

Satu kertas cadangan dasar telah diterbitkan oleh IDEAS, bertajuk Brief Ideas No.19 “Education during COVID-19” (lihat lampiran) telah mencadangkan bahawa televisyen merupakan medium capaian terbaik dengan 98.6% isi rumah memiliki televisyen berbanding hanya 87% isi rumah mempunyai sambungan internet berdasarkan kepada Tinjauan Penggunaan dan Capaian ICT 2018.

Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS menambah, “Setelah hampir setahun mengalami gangguan berterusan terhadap pendidikan anak-anak kita, kini kita harus mengenal pasti penyelesaian inovatif untuk memastikan mereka mampu meneruskan pembelajaran. Situasi COVID-19 ini tiada tanda akan reda, dan melaksanakan pembelajaran berasaskan televisyen merupakan satu langkah mudah yang boleh dilaksanakan serta-merta. Saya menantikan untuk melihat bagaimana pihak kerajaan dapat menyesuaikan kemudahan sedia ada secara kreatif untuk mencapai pendidikan yang berterusan.”

Brief Ideas No.19 boleh dimuat turun di pautan:
https://www.ideas.org.my/brief-ideas-no-19-education-during-covid-19/

— TAMAT —

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Wan Ya Shin di yashin@ideas.org.my.

Lampiran: Brief IDEAS No 19: Education during COVID-19

Terdapat seramai 6.5 bilion orang pelajar dari 165 buah negara yang tidak bersekolah akibat wabak COVID-19 seperti yang diumumkan oleh UNESCO pada 26 Mac 2020. Malaysia merupakan salah satu daripada 165 buah negara yang telah menutup sekolah kerana wabak. Cuti sekolah di Malaysia telah dilanjutkan selama 3 minggu selepas cuti sekolah pada bulan Mac. Ketika kertas cadangan ini ditulis, masih ada kemungkinan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melangkaui 14 April 2020.

Terdapat banyak senario yang berkemungkinan berlaku selepas 14 April 2020. Pertama, kita mungkin akan kembali ke keadaan sedia kala, di mana perniagaan dan sekolah akan kembali dibuka. Kedua, PKP mungkin akan dilanjutkan. Ketiga, perniagaan dan sekolah akan disambung semula tetapi PKP kembali dilaksanakan jika terdapat peningkatan jumlah jangkitan. Dalam keadaan seperti ini, apakah yang akan terjadi kepada pendidikan anak-anak kita? Apakah yang akan berlaku kepada pembelajaran mereka?

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)