• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS mengalu-alukan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik, beri amaran ia tidak boleh gagalkan ratifikasi CPTPP

IDEAS mengalu-alukan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik, beri amaran ia tidak boleh gagalkan ratifikasi CPTPP

June 2, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • CPTPP
  • Economy
  • Malaysia

Kuala Lumpur, 02 Jun 2022 –  Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan pengumuman terbaharu oleh pentadbiran Presiden Biden mengenai Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF). IDEAS berpendapat rangka kerja ini akan memberikan Malaysia jalan untuk menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi serantau berkaitan aktiviti ekonomi dan perdagangan yang penting kepada rantau ini, seperti meningkatkan daya tahan rantaian bekalan dan menetapkan piawaian serta peraturan untuk perdagangan digital. Namun, IDEAS memberi amaran bahawa kemajuan IPEF tidak seharusnya menggagalkan usaha meratifikasi Perjanjian Perkongsian Komprehensif dan Progresif Trans-Pasifik (CPTPP) menjelang bulan September 2022 seperti yang telah diumumkan sebelum ini. 

IPEF merupakan satu rangka kerja ekonomi yang dipimpin oleh Amerika Syarikat (AS) melibatkan 13 buah negara, termasuk negara anggota Dialog Keselamatan Quadrilateral (Quad) iaitu AS, India, Australia dan Jepun, New Zealand, dan Korea Selatan, serta negara anggota ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. 

IPEF secara teknikal bukan sebuah perjanjian perdagangan bebas seperti CPTPP, tetapi merupakan sebuah rangka kerja ekonomi untuk negara-negara yang menyertainya mengukuhkan hubungan dan terlibat dalam hal ekonomi dan perdagangan yang penting di rantau ini, termasuk membina satu rantaian bekalan berdaya tahan untuk masa hadapan. Bagaimanapun, sebahagian pakar berpendapat bahawa IPEF mungkin akan menjadi langkah pertama ke arah mewujudkan satu perjanjian perdagangan bebas. 

Empat tonggak utama IPEF adalah:

  • Ekonomi terhubung: menetapkan piawaian dan peraturan untuk perdagangan digital, seperti aliran data rentas sempadan;
  • Ekonomi berdaya tahan: membina lebih banyak rantaian bekalan berdaya tahan yang mampu menghadapi gangguan tidak dijangka seperti pandemik COVID-19;
  • Tenaga bersih: menyasarkan komitmen dan projek tenaga hijau;
  • Ekonomi yang saksama: melaksanakan dasar perdagangan yang adil, termasuk peraturan yang menyasarkan rasuah dan percukaian yang berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh, ketika mengulas perkara ini berkata, “Pengenalan IPEF sangat kami alu-alukan, kerana memberikan jalan baharu kepada Malaysia dan AS untuk bekerjasama dalam isu-isu penting ekonomi seperti daya tahan rantaian bekalan dan mengekang rasuah. Dengan ketiadaan AS dalam perjanjian CPTPP, Malaysia boleh menembusi pasaran AS pada tahap tertentu menerusi IPEF. Sebagai sebuah ekonomi terbuka yang kecil, ekonomi Malaysia akan mendapat lebih banyak manfaat apabila mempunyai lebih banyak rakan perdagangan dan menyertai lebih banyak rangka kerja ekonomi (termasuk perjanjian perdagangan bebas, FTA serta kerangka kerja kerjasama umum).” 

“Walaupun Malaysia perlu menggunakan sepenuhnya kesempatan IPEF ini, hal ini tidak seharusnya menggagalkan usaha yang sedang berjalan untuk meratifikasi CPTPP menjelang bulan September seperti yang dijangkakan. CPTPP merupakan satu perjanjian perdagangan bebas, tidak seperti IPEF, maka akan mempunyai manfaat ekonomi yang lebih besar dan mendalam terhadap ekonomi Malaysia.”

Juita Mohamad, Pengarah Unit Ekonomi dan Perniagaan IDEAS berkata, “Kedua-dua IPEF dan CPTPP memberikan jalan kepada Malaysia untuk persepaduan selanjutnya dalam ekonomi dunia. Di samping memberikan manfaat jangka panjang kepada pembangunan ekonomi Malaysia (terutamanya dalam meningkatkan pertumbuhan produktiviti dan menghasilkan lebih banyak produk bernilai tambah tinggi dengan cekap), hal ini juga akan memberikan cabaran jangka pendek yang boleh ditangani dan diperbetulkan oleh pihak kerajaan melalui ruang dasar yang ada.”    

“IDEAS telah mengenal pasti beberapa jurang yang ada melalui beberapa sesi perbincangan meja bulat terkini bersama pemain industri, seperti kekurangan bakat berkemahiran dan pusat pelaburan sehenti yang kurang berkesan di Malaysia. Kami menyarankan koordinasi yang lebih baik antara agensi-agensi kerajaan dan pemain-pemain industri yang akan membantu meningkatkan status Malaysia sebagai sebuah destinasi perdagangan pilihan dan membenarkan Malaysia menggunakan sepenuhnya manfaat yang akan diperolehi melalui CPTPP dan IPEF untuk kemakmuran yang berterusan.”

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dr Juita Mohamad, Pengarah, Unit Ekonomi dan Perniagaan
Pemangku Pengarah Penyelidikan
T: +603 2070 8881/8882 | E: juita@ideas.org.my

Louis Denis, Pengurus Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)