Kuala Lumpur, 1 October 2020 – IDEAS telah menerbitkan Kertas Dasar IDEAS No. 64 , “Masa Hadapan Campuran Tenaga Malaysia”, ditulis secara bersama oleh Fellow Kanan IDEAS, Renato Lima-de-Oliveira dan Mathias Varming. Kertas dasar ini mencatatkan bahawa Malaysia mempunyai campuran tenaga yang pelbagai sebagai satu hasil dari dasar-dasar tenaga yang berturutan. Hal ini termasuklah peningkatan penggunaan tenaga boleh diperbaharui tetapi juga peningkatan penggunaan arang batu beberapa tahun belakangan ini.
Kertas Dasar ini berpendapat gas asli merupakan pilihan yang lebih baik daripada arang batu, disebabkan ia menghasilkan lebih kurang pencemaran dan lebih sesuai dengan peranan menyokong tenaga boleh diperbaharui, bahkan lebih murah untuk menghidupkan loji kuasa gas untuk membantu penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang berkala. Walau bagaimana pun, penulis juga menyatakan bahawa hal ini tidak mencukupi untuk mengekalkan peralihan tenaga terhadap Malaysia. Kertas ini lalu mencadangkan dasar-dasar yang lebih berani agar perniagaan dan lanskap fiskal dapat menyesuaikan diri lalu boleh bersedia untuk peralihan dan juga merebut peluang-peluang yang tiba disebabkan oleh proses peralihan tersebut. Dasar-dasar yang kerajaan perlu pertimbangkan termasuklah memberi insentif kepada pemain industri minyak dan gas berubah ke arah tenaga boleh diperbaharui, mengurangkan kebergantugan kerajaan terhadap pendapatan fiskal dari minyak dan gas serta menyokong pembangunan penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang baharu, contohnya melalui penembusan tenaga boleh diperbaharui berkala pada kadar yang lebih tinggi dengan menerima pakai grid pintar dengan harga masa nyata.
Malaysia telah menandatangani sasaran pengurangan karbon yang bercita-cita tinggi sebagai sebahagian daripada Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Paris pada tahun 2015. Malaysia telah melakukan kemajuan ke arah mencapai sasaran tersebut, tetapi beberapa dasar yang lebih berhasrat tinggi diperlukan untuk memenuhi komitmen secara keseluruhan. Secara lebih meluas, peralihan tenaga Malaysia berhadapan dengan beberapa cabaran. Walau pun harga tenaga solar telah menurun dengan mendadak, bekalannya berubah-ubah dan tidak tetap. Pilihan yang ada untuk penyaluran tenaga boleh diperbaharui terhalang oleh kekurangan infrastruktur dan teknologi. Justeru, bahan api konvensional – arang batu dan gas asli – akan terus memainkan peranan kepada Malaysia dalam jangka masa sederhana.
Mengulas mengenai penerbitan kertas tersebut, Felo Kanan IDEAS Renato Lima-de-Oliveira berkata, “Malaysia harus berfikir secara strategik mengenai perubahan lanskap tenaga dan bagaimana cara terbaik untuk menyesuaikan diri serta merebut peluang peralihan tersebut ketika merancang fasa dasar tenaga yang berikutnya. Menggantikan arang batu dengan gas asli merupakan sesuatu yang mudah – melangkaui hal tersebut, Malaysia perlu mengarahkan kekuatannya dalam bidang minyak dan gas kepada tenaga boleh diperbaharui dan mengubah rangka kerja tenaga untuk mempromosikan lagi penggunaan tenaga boleh diperbaharui.”
Kertas tersebut, “Masa Hadapan Campuran Tenaga Malaysia” boleh dimuat turun di sini.
*Note to editors: The paper will be discussed at a public webinar on Friday 2nd October 2020, 3.00pm. The discussion will be streamed live at https://www.facebook.com/IDEASMalaysia/live/
— TAMAT —
For media enquiries, please contact Laurence Todd at laurence@ideas.org.my