• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Malaysia Perlu Tanggap Tekanan Tarif AS dengan Kejelasan dan Ketekalan

IDEAS: Malaysia Perlu Tanggap Tekanan Tarif AS dengan Kejelasan dan Ketekalan

July 9, 2025
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Economy
  • International trade
  • Malaysia
  • Tariffs

Kuala Lumpur, 9 Julai 2025: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menzahirkan kebimbangan terhadap keputusan Amerika Syarikat untuk meneruskan pelaksanaan tarif sebanyak 25% ke atas barangan eksport Malaysia bermula 1 Ogos 2025. Langkah ini menimbulkan persoalan besar mengenai masa depan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala, menggugat tadbir urus perdagangan antarabangsa, dan berisiko melemahkan solidariti serantau.

Perbezaan kecil antara tarif ‘Liberation Day’ (24%) dan ‘kadar akhir’ tarif (25%) mencerminkan kurangnya kemajuan bermakna dalam rundingan dua hala yang dijalankan secara tertutup. IDEAS kekal skeptikal bahawa hasil yang membina dapat dicapai melalui rundingan yang tidak telus, mengenepikan penglibatan pihak berkepentingan, dan dilihat lebih dipacu oleh pertimbangan politik berbanding rasional ekonomi. Malaysia mesti terus mengelak daripada terjebak dalam langkah halangan tindak balas perdagangan atau dipaksa membuat pilihan palsu antara kuasa besar dunia, dan sebaliknya terus memperkukuh dan mempelbagaikan kerjasama dengan negara yang berkongsi kepentingan terhadap perdagangan terbuka dan saling menguntungkan.

“Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia perlu memimpin usaha tangkas dalam tindak balas serantau yang bersatu dan bermakna terhadap tarif AS. Keputusan yang mengecewakan daripada rundingan dua hala bagi Malaysia dan negara lain mengukuhkan keperluan untuk tindakan kolektif bagi menangkis strategi ‘pecah dan perintah’ Washington. Kita tidak boleh membiarkan pendekatan keterlibatan secara terpecah melemahkan kedudukan ASEAN di peringkat dunia,” kata Dr Stewart Nixon, Timbalan Pengarah Penyelidikan IDEAS.

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menyediakan platform sedia ada untuk memperkukuh kesalinghubungan serantau sebagai tindak balas kepada dasar pengasingan AS. Kepimpinan ASEAN dalam memperdalam struktur ekonomi berkaitan juga mesti dipergiatkan dengan segera. Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN yang baru ditubuhkan perlu berkembang daripada hanya penilaian dan pemantauan isu berpaksikan perdagangan kepada kesiapsiagaan menghadapi kejutan yang lebih meluas, dan melaksanakan inisiatif praktikal bagi menyokong pemelbagaian perdagangan dan pelaburan serta rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan.

Malaysia juga perlu lebih berwaspada untuk memastikan dasar domestik menyokong imej negara sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan yang stabil dan menarik. Langkah terkini seperti pelaksanaan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berbeza bagi barangan tempatan dan import, walaupun mungkin wajar dari sudut kewangan, boleh dilihat sebagai langkah perlindungan pasaran. Dalam suasana keyakinan pelabur yang semakin kritikal, isyarat seperti ini boleh merumitkan kedudukan Malaysia dalam rundingan perdagangan antarabangsa.

IDEAS menggesa kerajaan untuk mengutamakan ketekalan dasar, ketelusan dalam rundingan, dan penglibatan yang jelas bersama rakan serantau demi melindungi kepentingan ekonomi jangka panjang negara.

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)