• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Malaysia perlu perkukuh budaya ketelusan dan penglibatan awam dalam perancangan dan pelaksanaan projek mega

IDEAS: Malaysia perlu perkukuh budaya ketelusan dan penglibatan awam dalam perancangan dan pelaksanaan projek mega

June 27, 2023
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Belt and Road Initiative (BRI)
  • BRI Monitor
  • Malaysia

Kuala Lumpur, 27 Jun 2023 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menekankan bahawa Malaysia perlu memperkukuh budaya ketelusan dan penglibatanawam dalam perancangandan pelaksanaanprojek mega di negara ini. Hal ini amat penting kerana projek-projek sebegini berpotensi member impak besar dan luar jangkaan kepada alam sekitar dan masyarakat setempat. Hal ini merupakan kesimpulan daripada kajian IDEAS yang bertajuk “Belt and Road Initiative (BRI) Projects and Information Asymmetry: Engagements with Local Communities in Malaysia”, yang mengkaji impak projek-projek Belt and Road Initiative (BRI) yang dipimpin oleh China di Malaysia.

Dalam beberapa tahun belakangan ini, projek infrastruktur, terutamanya yang berkaitan dengan BRI , telah mendapat perhatian media yang meluas di Malaysia. Hal ini terutamanya berlaku menjelang pilihan raya umum bersejarah pada tahun 2018, di mana projek-projek ini menjadi fokus utama perbincangan awam di Malaysia dan berkait rapat dengan isu ketirisan, kedaulatan, dan ketidaktelusan.

Dalam usaha untuk lebih memahami isu-isu berkaitan dengan BRI di Malaysia, IDEAS memulakan projek ini dengan harapan untuk mengkaji asimetri maklumat yang mungkin berlaku dalam projek-projek yang berkaitan dengan BRI. Secara khusus, IDEAS memutuskan untuk memberi tumpuan kepada Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) sebagai kajian kes bagi projek-projek yang berkaitan dengan BRI di Malaysia, sebagai sambungan kepada projek BRI Monitor yang sedia ada.

Walaupun IDEAS mendapati hampir tidak ada bukti mengenai asimetri maklumat yang ketara yang disasarkan kepada komuniti-komuniti di sekitar projek-projek ini, apa yang ditemui sebaliknya adalah lebih membimbangkan. Secara khususnya, hampir tiada komunikasi yang lengkap dengan komuniti setempat. IDEAS mencatatkan bahawa hal ini menggambarkan cabaran yang lebih besar dalam pengendalian projek-projek mega di Malaysia.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Benjamin YH Loh, pensyarah kanan di Sekolah Media dan Komunikasi, Taylor’s University dan juga ketua projek, “daripada perbincangan kami dengan penduduk tempatan dari komuniti luar bandar yang berdekatan dengan lokasi projek, kekurangan komunikasi mengenai projek-projek BRI yang dikaitkan sebenarnya adalah perkara biasa dalam mana-mana projek yang disokong oleh kerajaan di Malaysia.”

IDEAS mendapati bahawa kebanyakan projek mega lebih cenderung untuk bersifat samar dan mempunyai struktur yang bersifat atas ke bawah. Secara amnya, penglibatan berlaku pada peringkat tertinggi, terutamanya di peringkat persekutuan. Sementara itu, pihak berkuasa kelihatan seperti tidak mementingkan penglibatan masyarakat dan akar umbi sehingga menyebabkan mereka terpinggir. Penilaian dan kajian kebolehlaksanaan sering kali tidak dilakukan dengan baik, dan penduduk tempatan diberikan sedikit peluang untuk memberikan pandangan mereka ataupun keputusan kajian jarang didedahkan kepada umum.

IDEAS juga mendapati bahawa komuniti-komuniti memberikan pelbagai respons terhadap kekurangan dalam komunikasi dan penglibatan dalam projek-projek ini. Seperti yang dinyatakan oleh Dr Juita Mohamad, Pengarah Penyelidikan di IDEAS, “walaupun beberapa komuniti (terutamanya di Malaysia Timur) lebih proaktif dalam berinteraksi dengan pihak berkuasa dan memastikan suara mereka didengari, komuniti yang lain lebih pasif kerana takut dianggap sebagai gangguan oleh pihak kerajaan. Kita perlu memahami bahawa banyak komuniti luar bandar tidak semestinya menentang projek pembangunan, tetapi mereka mahu dilibatkan dalam proses perancangan dan pelaksanaan projek-projek tersebut.”

Berdasarkan hasil kajian ini, IDEAS telah membuat beberapa cadangan dasar untuk memperbaiki pelaksanaan projek pembangunan di Malaysia. IDEAS menyeru agar pihak berkuasa meluaskan penyertaan awam dalam projek pembangunan dipelbagai peringkat. IDEAS juga menyeru agar kajian kebolehlaksanaan (feasibility studies) dilakukan sebelum menjalankan sesuatu projek dan hasil kajian itu disiarkan serta dikemukakan kepada orang awam untuk mendapatkan maklum balas mereka.

Akhir sekali, IDEAS mencadangkan untuk meluaskan skop badan komunikasi yang sedia ada untuk memberi tumpuan kepada mewujudkan platform yang adil dan boleh dipercayai bagi semua rakyat Malaysia di seluruh negara untuk memberikan maklum balas mengenai projek-projek ini.

Brief Ideas No.38 “Belt and Road Initiative (BRI) Projects and Information Asymmetry: Engagements with Local Communities in Malaysia” boleh dimuat turun dari laman web IDEAS melalui pautan .

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Dr. Juita Mohamad
Pengarah Penyelidikan;
Pengarah, Unit Ekonomi dan Perniagaan
T: +603 2070 8881/8882 | E: juita@ideas.org.my

Share

Related posts

November 14, 2025

IDEAS: ASEAN Must Continue to Streamline Standards and Reduce Regulatory Complexity to Increase Small Business Participation In Regional Markets


Read more
November 14, 2025

IDEAS: ASEAN Perlu Perkemas Piawaian dan Kurangkan Kerumitan Pengawalseliaan untuk Tingkatkan Penyertaan Perniagaan Kecil dalam Pasaran Serantau


Read more
October 31, 2025

IDEAS: US Pact Undercuts Malaysia’s Regional Partnerships and Neutrality while Delivering Little Reassurance for Businesses


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)