• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Langkah konkrit ke arah pemisahan jabatan Peguam Negara dialu-alukan, garis masa dan penunjuk jelas perlu dimaklum kepada umum

IDEAS: Langkah konkrit ke arah pemisahan jabatan Peguam Negara dialu-alukan, garis masa dan penunjuk jelas perlu dimaklum kepada umum

September 13, 2023
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Demokrasi
  • Independent Institutions
  • Malaysia

Kuala Lumpur, 13 September 2023 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) memuji kemajuan yang telah dicapai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Dato’ Seri Azalina Othman Said dalam menubuhkan dua pasukan petugas sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempercepat pemisahan jabatan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP).

Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, IDEAS bersedia untuk menawarkan bantuan dalam membantu kerajaan mempercepat proses penting pembaharuan institusi ini, terutamanya dalam pasukan petugas yang dicadangkan untuk kajian perbandingan. IDEAS menawarkan pandangan dan cadangan kepada pasukan petugas, kerana kami telah menerbitkan satu kertas dasar bertajuk ‘Separating the Attorney-General and Public Prosecutor: Enhancing Rule of Law in Malaysia‘ pada tahun 2016. Kertas dasar ini mengkaji amalan terbaik global di negara-negara seperti United Kingdom, Kenya, Amerika Syarikat dan India, yang konsisten dengan mandat pasukan petugas untuk menjalankan penyelidikan berasaskan bukti dari England, Kenya, Australia dan Kanada. Kertas kerja Bersih yang diterbitkan pada tahun 2021 juga menjadi rujukan penting dalam usaha reformasi ini.

IDEAS turut memuji kemasukan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi serta Ahli Parlimen Pembangkang dalam pasukan petugas. Kerjasama merentas parti dan peranan JPKP yang lebih besar dalam pembaharuan penting institusi adalah perkembangan yang dialu-alukan kerana menggabungkan pelbagai sudut pandangan dari seluruh spektrum politik akan meningkatkan penggubalan dasar, di samping memperkasakan institusi demokrasi di Parlimen.

“IDEAS ingin mengingatkan kerajaan dan orang ramai bahawa jabatan Peguam Negara yang bebas seharusnya menjadi sebahagian daripada pakej pembaharuan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan, yang turut merangkumi Akta Pendanaan Politik, Akta Tanggungjawab Fiskal serta Akta Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya. Kami juga memuji rancangan pembentangan Akta Perkhidmatan Parlimen oleh kerajaan pada bulan Oktober. Semua pembaharuan ini akan mengukuhkan institusi demokrasi Malaysia, memastikan kebebasan institusi daripada campur tangan politik, serta meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia di samping menstabilkan pergolakan politik yang melanda negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Dr Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

“Dalam masa beberapa hari lagi, kita akan sekali lagi menyambut Hari Malaysia. Kini adalah masa yang tepat untuk kita semua komited terhadap sebuah negara Malaysia yang rakyatnya mempunyai kepercayaan penuh terhadap institusi negara. Adalah menjadi harapan saya agar kerajaan akan mengutamakan tindakan yang bermakna dan mengelakkan langkah-langkah yang tidak perlu yang mungkin menghalang pembaharuan yang amat diperlukan,” ujar Dr Yeoh sebagai kesimpulan.

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Aira Azhari
Pengurus Kanan Penyelidikan
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)