• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS lancar Rangka Tindakan Reformasi Institusi yang gariskan bidang keutamaan dalam memperbaharui institusi Malaysia

IDEAS lancar Rangka Tindakan Reformasi Institusi yang gariskan bidang keutamaan dalam memperbaharui institusi Malaysia

February 28, 2024
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • democracy
  • Independent Institutions
  • Malaysia

Kuala Lumpur, 28 Februari 2024: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) hari ini melancarkan sebuah rangka tindakan bertajuk “Reformasi Institusi: Rangka Tindakan Reformasi.” Rangka tindakan ini dibangunkan melalui penglibatan pelbagai organisasi masyarakat sivil (CSO), pakar dan Ahli Parlimen dalam usaha untuk mengenal pasti keutamaan pembaharuan dalam tempoh tiga tahun akan datang, serta kesalinghubungan antara inisiatif pembaharuan khusus.

Menyedari bahawa terdapat banyak reformasi institusi yang harus Malaysia laksanakan merentasi bidang yang berbeza, IDEAS, bersama-sama rakan kongsi CSO kami, telah menyusun visualisasi 13 reformasi individu, yang kemudian disusun menjadi satu imej. Rangka Tindakan IDEAS ini mungkin menjadi rujukan berguna kepada kerajaan kerana ia memutuskan cara mengutamakan reformasi institusi dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Bersama-sama dengan rakan kongsi CSO yang lain, kami menyuarakan keperluan mendesak bagi kerajaan Madani untuk menghasilkan satu pelan hala tuju yang menggambarkan semua reformasi institusi yang dalam hasrat kerajaan untuk digubal dengan garis masa yang jelas demi memastikan pertanggungjawaban dan meyakinkan masyarakat ramai akan komitmen kerajaan.

Rangka tindakan IDEAS meletakkan 13 reformasi sebagai keutamaan tertinggi, yang terbahagi empat kategori. Mencapai reformasi dalam 13 bidang ini akan mengukuhkan empat tunggak, yang seterusnya akan mencapai dua matlamat menyeluruh iaitu “Demokrasi yang berdaya saing dan adil untuk semua” dan “Sistem tadbir urus yang bersih, telus dan bertanggungjawab”. Tunggak tersebut adalah:

  1. Sistem Pilihan Raya dan Politik
  2. Pengawasan dan Ketelusan Kerajaan
  3. Parlimen Bebas dan Kuat
  4. Institusi Bebas dan Kuat

IDEAS menekankan keperluan untuk menyelaraskan usaha reformasi, memupuk pendekatan kolaboratif dalam rangkaian CSO untuk mengelakkan pertindihan dan memastikan dorongan yang lebih berkesan untuk reformasi. Memandangkan usaha advokasi reformasi memerlukan komitmen yang ketara dari segi usaha, keazaman dan sumber, pendekatan strategik adalah penting untuk mengutamakan reformasi segera dengan berkesan.

“Salah satu cabaran utama yang IDEAS hadapi dalam usaha kami untuk mendesak supaya diwujudkan Akta Pendanaan Politik adalah meletakkan reformasi kewangan politik  di tengah-tengah inisiatif reformasi lain yang sangat diperlukan. Reformasi pendanaan politik tidak boleh dicapai secara berasingan, kerana tiada reformasi berfungsi dalam ruang vakum. Banyak reformasi yang sebenarnya saling berkaitan, itulah sebabnya Rangka Tindakan ini sangat penting. Usaha reformasi lain mesti dilakukan secara serentak, jika mahukan Akta Pendanaan Politik itu bermakna dan memberi kesan,” kata Dr Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

“Kami amat mengesyorkan agar jabatan kerajaan yang berkaitan seperti Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengadakan perundingan yang bermakna dengan organisasi masyarakat sivil dan pakar lain untuk berkongsi pandangan mereka mengenai pelbagai reformasi institusi yang sedang dirancang. 

Secara khususnya, kami menyuarakan harapan agar Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi akan terlibat dalam proses merangka dan meminda mana-mana undang-undang yang diperlukan dalam proses ini. Hal ini terutamanya untuk Akta Pendanaan Politik, yang telah menjadi keutamaan IDEAS sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Penglibatan JKPK adalah penting dalam memastikan kandungan pelbagai versi Akta Pendanaan Politik, yang memerlukan sokongan dwipartisan, dibandingkan antara satu sama lain. Perundangan ini secara asasnya akan mengubah sistem politik Malaysia dan menjadikannya lebih telus dan bertanggungjawab. Kami juga bersedia untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan reformasi institusi kritikal ini dengan berkesan,” kata Dr Yeoh.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada CSO dan individu berikut yang telah menyumbang kepada Rangka Tindakan Reformasi ini:

  1. Agora Society
  2. BERSIH
  3. Coalition for Business Integrity Berhad (CBI)
  4. Maha Balakrishnan
  5. Projek SAMA
  6. Rasuah Busters 
  7. Sinar Project
  8. Transparency International-Malaysia (TI-M)
  9. Wo Chang Xi

Untuk maklumat lanjut mengenai Rangka Tindakan Reformasi Institusi, klik DI SINI

— TAMAT—

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Aira Azhari
Pengurus Kanan
T: 012-6646059 | E: aira@ideas.org.my

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)