• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Laksanakan pembaharuan lebih menyeluruh bagi peruntukan dana projek infrastruktur skala kecil

IDEAS: Laksanakan pembaharuan lebih menyeluruh bagi peruntukan dana projek infrastruktur skala kecil

June 8, 2023
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Constituency Development Fund (CDF)
  • Demokrasi
  • Malaysia
  • Tadbir Urus

Kuala Lumpur, 8 June 2023: Susulan pengumuman oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi baru-baru ini, IDEAS menyeru kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan yang lebih menyeluruh bagi peruntukan dana projek infrastruktur berskala kecil.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli pada 1 Jun yang lalu mengumumkan bahawa orang awam kini boleh membuat permohonan untuk projek infrastruktur berskala kecil secara langsung daripada pihak kerajaan serta tidak perlu lagi melalui proses permohonan yang merangkumi pelbagai lapisan dan mengambil masa yang lama untuk diluluskan. Bagaimanapun, berdasarkan kepada laporan pihak media, tiada penjelasan lanjut tentang peruntukan yang dimaksudkan dan jumlah peruntukan yang tersedia pada tahun ini.

Salah satu peruntukan yang tersedia untuk projek infrastruktur berskala kecil adalah peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (Peruntukan Ahli Parlimen dan ADUN) dan juga dikenali sebagai Constituency Development Fund (CDF). Peruntukan ini tidak sepenuhnya telus apabila jumlah peruntukan untuk setiap kawasan Parlimen atau DUN dan mekanisme pembahagian peruntukan ditentukan sepenuhnya oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri/Menteri Besar untuk peringkat negeri. Kerajaan yang memerintah memiliki kuasa penuh dalam memutuskan jumlah pembahagian peruntukan CDF dan natijahnya, kawasan ahli Parlimen kerajaan mendapat peruntukan yang lebih banyak secara tidak adil. 

“Kami menyambut baik inisiatif Menteri untuk menggabungkan elemen penglibatan awam dalam hal ehwal projek infrastruktur berskala kecil dengan membenarkan orang awam untuk membuat permohonan secara langsung kepada pihak kementerian. Hal ini adalah langkah signifikan dalam memperkasakan  belanjawan yang mengutamakan penyertaan orang ramai (participatory budgeting). Bagaimanapun, sumber peruntukan ini memerlukan pencerahan. Jika Menteri merujuk kepada CDF, beliau perlu menggabungkan langkah pembaharuan lain yang akan menambah baik ketelusan dan kesaksamaan CDF berbanding hanya memasukkan mekanisme penyertaan awam,” ulas Timbalan Pengarah Penyelidikan IDEAS, Sri Murniati Yusuf. 

Langkah-langkah pembaharuan untuk menambah baik CDF telah dijelaskan dalam laporan terbitan bersama IDEAS dan BERSIH 2.0 pada tahun 2021 yang bertajuk: “Removal or Reform: Charting the Way Forward for Malaysia’s Constituency Development Funds‘‘. Antara cadangan dalam laporan ini adalah memperkenalkan Akta CDF. “Jika pihak kerajaan serius mengenai tadbir urus yang baik, kecekapan dan demokrasi penyertaan (participatory democracy), maka kerajaan harus memperkenalkan langkah-langkah pembaharuan yang telah lama dinantikan ini melalui satu Akta CDF. Akta ini akan memastikan pembahagian yang saksama kepada ahli-ahli Parlimen menerusi satu formula yang mengambil kira keperluan kawasan tanpa mengira parti politik. Peruntukan ini juga perlu disenaraikan di dalam belanjawan serta tertakluk kepada keperluan audit dan pendedahan awam. Perundangan CDF ini juga perlu mengandungi mekanisme belanjawan penyertaan yang membolehkan orang awam untuk turut terlibat dalam proses perundingan dan memberi input tentang keperluan masyarakat tempatan.” 

Kedua, walaupun tindakan Menteri yang berikhtiar untuk mempromosikan proses demokratik yang lebih inklusif disambut sebagai perubahan yang positif, IDEAS berpendapat bahawa penglibatan awam untuk projek infrastruktur skala kecil perlu dilakukan pada peringkat tempatan menerusi kerajaan tempatan. Mengikut cadangan laporan IDEAS dan BERSIH, projek-projek infrastruktur kecil ini perlu diketuai oleh pihak kerajaan tempatan yang boleh mengawasi serta mengambil tanggungjawab penuh ke atas projek-projek infrastruktur kecil ini, berbanding pihak Unit Perancangan Ekonomi (EPU) iaitu sebuah entiti di bawah Pejabat Perdana Menteri. “Bagi perancangan jangka masa panjang, kerajaan harus memperkenalkan semula pilihanraya kerajaan tempatan bagi memastikan pihak berkuasa tempatan ini boleh mengambil tanggungjawab secara langsung terhadap kawasan Parlimen dan DUN,” kata Sri Murniati.

Untuk jangka masa pendek pula, Menteri perlu memastikan  ketelusan dalam menyatakan sumber dana peruntukan, pembahagian peruntukan mengikut Parlimen atau DUN serta kriteria kelulusan projek jika mekanisme yang dicadangkan ini akan dilaksanakan. Menteri juga perlu memastikan kelulusan dan pelaksanaan projek sentiasa dipantau dan didedahkan kepada awam demi kebertanggungjawaban.

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Aira Azhari
Pengurus Kanan
Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my

Alissa Rode
Pengurus Penyelidikan
Unit Kewangan Awam
T: +603 2070 8881/8882 | E: alissa@ideas.org.my

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)