• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS Kenal Pasti 95 Lantikan Politik di bawah Pentadbiran Semasa, Kurang Berbanding Pentadbiran Terdahulu

IDEAS Kenal Pasti 95 Lantikan Politik di bawah Pentadbiran Semasa, Kurang Berbanding Pentadbiran Terdahulu

October 3, 2024
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Federal Statutory Bodies (FSBs)
  • GLC
  • Independent Institutions
  • Malaysia
  • Pantau Kuasa

Kuala Lumpur, 3 Oktober 2024 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah mengemas kini laman web Pantau Kuasa untuk mencerminkan pelantikan politik dalam Badan Berkanun Persekutuan (FSB) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) semasa pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim. IDEAS menggesa kerajaan agar melaksanakan reformasi proses pelantikan untuk memastikan pengarah yang berkelayakan dan bebas dilantik bagi mengawasi entiti ini.

Kami telah meneliti 135 FSB dan 283 GLC sepanjang lima pentadbiran terkini, daripada Perdana Menteri Najib Razak (PM-6) hingga Perdana Menteri Anwar Ibrahim (PM-10). Data FSB dikemas kini kali terakhir pada September 2024, manakala data GLC mencerminkan pelantikan hingga Oktober 2023. Data kami menunjukkan bahawa:

  • Jumlah pelantikan politik tertinggi dikesan semasa tempoh pentadbiran Najib Razak sebagai Perdana Menteri, dengan 301 pelantikan.
  • Hal ini diikuti oleh pentadbiran Ismail Sabri (273 pelantikan) dan pentadbiran Muhyiddin Yassin (186 pelantikan), walaupun kedua-duanya berkhidmat dalam tempoh yang agak singkat— masing-masing selama 15 bulan dan 17 bulan.
  • 95 pelantikan politik telah dikenal pasti di bawah pentadbiran semasa, berbanding 117 pelantikan sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam satu jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini. 

Analisis kami terhadap FSB menunjukkan kesinambungan pelantikan politik di bawah pentadbiran semasa, dengan 79 pelantikan sedemikian dibuat. Perwakilan politik kekal signifikan dalam gabungan kerajaan perpaduan, dengan jumlah pelantikan tertinggi datang daripada UMNO dan PKR. UMNO (22) mempunyai bilangan pelantikan yang hampir sama banyak dengan gabungan PKR dan Amanah (24). Terdapat empat tokoh utama yang memegang beberapa jawatan lantikan: Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, dan bekas ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang Yeoh Soon Hin.

Tahun ini, IDEAS telah menambah data mengenai pelantikan kepada 283 anak syarikat GLC daripada FSB yang kami jejaki. Antaranya, IDEAS mengesan jumlah pelantikan politik tertinggi semasa pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri dengan 33 pelantikan, diikuti rapat oleh pentadbiran Najib Razak (32) dan pentadbiran Muhyiddin Yassin (31). Kedua-dua pentadbiran yang diterajui Pakatan Harapan membuat pelantikan GLC yang jauh lebih sedikit, dengan masing-masing 16 pelantikan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan 13 pelantikan di bawah Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Selain itu, tiga individu telah memegang lebih daripada empat jawatan dalam tempoh ini, termasuk Suhaili Abdul Rahman, yang memegang tujuh jawatan lantikan di bawah PM Muhyiddin; Zahidi Zainul Abidin dengan lima jawatan lantikan di bawah PM Najib, dan Mohd Salim Sharif, yang memegang jawatan lantikan di bawah pentadbiran PM-6, PM-8, dan PM-9. Penemuan ini datang daripada penelitian terhadap hanya sebahagian kecil daripada GLC, memandangkan Perintah Audit (Akaun Syarikat) 2017 menyenaraikan sehingga 1,858 GLC.

Kewujudan berterusan pelantikan politik dalam kedua-dua FSB dan GLC menekankan pengaruh politik yang mendalam dalam sektor tadbir urus utama sektor awam Malaysia. “Malaysia kini kekurangan mekanisme pelantikan yang telus dan berasaskan merit. Pelantikan boleh digunakan untuk kepentingan politik dan memberikan jawatan sinekura. Hal ini boleh mengakibatkan pemantauan dan pengurusan yang lemah terhadap entiti ini, seterusnya menghakis kepercayaan awam terhadap struktur tadbir urus Malaysia. Ahli Parlimen boleh mengawasi prestasi FSB dan GLC melalui jawatankuasa parlimen, bukan dengan menduduki jawatan dalam lembaga pengarah entiti ini,” kata Aira Azhari, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

IDEAS menggesa kerajaan semasa untuk memperkukuh komitmen terhadap tadbir urus baik dan integriti. Adalah penting untuk mengurangkan pelantikan politik dalam FSB dan GLC serta melaksanakan proses pelantikan yang lebih telus dan berasaskan merit. Hal ini amat penting memandangkan Malaysia sedang menangani cabaran ekonomi yang berterusan dan berusaha ke arah pembangunan negara yang mampan.
“Penemuan terkini Pantau Kuasa menunjukkan bahawa pelantikan politik masih menjadi kebiasaan, walaupun di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Memandangkan landskap politik yang semakin kompleks, di mana gabungan berbeza mungkin memerintah Malaysia pada masa hadapan, adalah penting pelantikan kepada badan awam dibuat secara telus, dengan langkah seperti tempoh bertenang sebelum melantik bekas ahli politik, bagi mengelakkan potensi konflik kepentingan. Amalan sebegini penting jika kita mahu memulihkan kepercayaan dan membina institusi yang lebih kukuh pada masa hadapan,” tambah Aira.

IDEAS menghargai rakan kerjasama dalam projek ini, MyMP. MyMP memainkan peranan penting dalam pengumpulan data dan pemadanan nama dalam mengenal pasti pelantikan politik. Chak Onn Lau, pengasas MyMP menambah, “Apabila IDEAS menjemput kami untuk bekerjasama, kami tidak boleh menolak. Idea untuk membandingkan senarai ahli politik dengan senarai pengarah GLC dan FSB adalah inisiatif hebat. Kami berbangga kerana dapat membantu.” MyMP, yang meneliti prestasi Ahli Parlimen, turut menyertakan lencana pada kad skor mereka yang mengenal pasti Ahli Parlimen yang merupakan pelantikan politik dalam Pantau Kuasa.

Pantau Kuasa ialah projek aktif yang memantau pelantikan politik dan datanya di kemas kini secara berkala. IDEAS menggalakkan orang awam untuk turut serta dengan berkongsi sebarang maklumat yang mereka ada mengenai pelantikan politik atau ketidakselarasan dalam pelantikan. Input ini akan membantu memperkukuh ketelusan dan kebertanggungjawaban institusi awam. Sumbangan dan maklum balas orang awam boleh dikongsikan melalui laman web Pantau Kuasa menerusi borang maklum balas atau e-mel kepada kami di communications@ideas.org.my.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web Pantau Kuasa di www.pantaukuasa.com.

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)