• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Ikrar untuk promosi kestabilan dan ketelusan dalam PRN Melaka satu perkara positif, tetapi perlu diinstitusikan

IDEAS: Ikrar untuk promosi kestabilan dan ketelusan dalam PRN Melaka satu perkara positif, tetapi perlu diinstitusikan

November 16, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Demokrasi
  • ketelusan
  • Malaysia

Kuala Lumpur, 16 November 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berpandangan positif akan ikrar Barisan Nasional dan Pakatan Harapan  untuk mengutamakan kestabilan politik dan pembangunan ekonomi yang saksama seperti yang terkandung dalam manifesto pilihan raya negeri Melaka yang akan berlangsung pada 20 November 2021. Walaupun begitu, IDEAS memberi peringatan bahawa janji yang diberikan harus diinstitusikan agar janji tersebut mempunyai makna.

IDEAS menyokong terutamanya manifesto Pakatan Harapan yang berikrar untuk mempromosi kestabilan dan ketelusan dalam politik negeri Melaka, termasuk memberikan peruntukan yang sama kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa mengira parti, menggubal enakmen anti-lompat parti, mewajibkan semua ADUN melakukan pengisytiharan harta, dan mengamalkan proses tender terbuka untuk semua perolehan awam negeri Melaka.

Manifesto Barisan Nasional turut menjanjikan peruntukan sama rata kepada semua ADUN yang akan mereka laksanakan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran. IDEAS kesal kerana Perikatan Nasional tidak mempunyai ikrar yang serupa dalam manifesto yang mereka lancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh, berkata, “Semua janji ini menunjukkan petanda bahawa BN dan PH mengakui kekecewaan rakyat terhadap ketidakstabilan politik ketika ini. Janji yang diberikan merupakan sesuatu yang bagus namun perlu diinstitusikan agar berkesan dan mampan, terutamanya berkenaan pengisytiharan harta dan dasar perolehan awam. Kami juga berharap lebih perhatian dapat diberikan kepada projek-projek prasarana besar di Melaka, seperti Projek Melaka Gateway yang telah menemui kegagalan dan ditukar kepada Zon Ekonomi Pesisir Pantai Melaka. Lebih baik jika ahli politik dapat memberikan pencerahan mengenai kebolehlaksanaan, akses kepada maklumat serta kesan ekonomi projek-projek besar ini terhadap negeri. Adakah projek ini berpaksikan rakyat dan akan memberikan hasil yang positif?”

IDEAS juga maklum akan ikrar lain yang dilakukan oleh gabungan politik yang bertanding untuk mempromosi keterangkuman dalam politik negeri Melaka, serta menangani kemerosotan sosio-ekonomi akibat COVID-19. Sebagai contoh, IDEAS memuji cadangan oleh Barisan Nasional untuk meminda perlembagaan negeri agar dapat melantik lima ADUN yang terdiri daripada belia dan pemimpin organisasi bukan kerajaan dalam usaha memperluas perspektif Dewan Undangan Negeri melangkaui politik. IDEAS turut memuji cadangan Pakatan Harapan untuk mewujudkan dua dana supaya dapat melindungi rakyat daripada kesan fizikal dan mental akibat COVID-19.  

IDEAS menzahirkan persetujuan terhadap cadangan Perikatan Nasional untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Pemantau Pelaksanaan yang terdiri daripada profesional tempatan serta berpengalaman agar dapat memastikan sebuah kerajaan Perikatan Nasional yang menepati janji. 

IDEAS turut bersetuju dengan janji yang diberikan oleh semua gabungan politik untuk memberikan bantuan kepada sektor pelancongan yang merupakan salah satu industri dan majikan terpenting di Melaka. Antara dasar berkaitan pelancongan yang dicadangkan adalah janji Pakatan Harapan untuk mewujudkan satu dana khas membantu pemulihan industri pelancongan serta cadangan Perikatan Nasional untuk menjadikan Melaka sebuah destinasi pelancongan kesihatan pilihan, sebuah pelabuhan singgah untuk kapal persiaran yang berlayar sepanjang Selat Melaka, dan juga pusat kepada acara Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE). 

Seperti yang diperkatakan oleh Yeoh, “Amat menggalakkan apabila setiap gabungan politik telah menjanjikan pelaksanaan dasar inovatif dalam satu bentuk atau yang lain yang akan mempromosikan ketelusan dan kebertanggungjawaban yang lebih baik dalam politik negeri Melaka, serta membantu mengurangkan kesan pandemik COVID-19. Kami menggalakkan setiap gabungan untuk mendedahkan maklumat berkaitan perancangan pelaksanaan ikrar masing-masing jika mereka berjaya membentuk kerajaan. Memandangkan menjadi kebiasaan baharu pilihan raya negeri kini dilangsungkan berasingan dengan Pilihan Raya Umum, amat penting untuk parti politik memberikan komitmen kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban awam pada peringkat negeri. Contohnya, tiada negeri di Malaysia yang menyediakan salinan belanjawan tahunan negeri tersedia untuk awam di laman sesawang mereka. Jika kita ingin setiap ADUN bertanggungjawab terhadap ikrar mereka, kita harus bermula dengan ketelusan kerajaan negeri.”

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)