IDEAS gesa RMK12 lebih fokus kepada pertumbuhan dipandu sektor swasta di samping pertumbuhan dipandu kerajaanIDEAS gesa RMK12 lebih fokus kepada pertumbuhan dipandu sektor swasta di samping pertumbuhan dipandu kerajaanIDEAS gesa RMK12 lebih fokus kepada pertumbuhan dipandu sektor swasta di samping pertumbuhan dipandu kerajaanIDEAS gesa RMK12 lebih fokus kepada pertumbuhan dipandu sektor swasta di samping pertumbuhan dipandu kerajaan
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Democracy and Governance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS gesa RMK12 lebih fokus kepada pertumbuhan dipandu sektor swasta di samping pertumbuhan dipandu kerajaan

IDEAS gesa RMK12 lebih fokus kepada pertumbuhan dipandu sektor swasta di samping pertumbuhan dipandu kerajaan

October 1, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Malaysia
  • Malaysia Plan

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan banyak aspek dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), termasuk pendekatan pengembangan fiskal, penumpuan kepada kesejahteraan dan perpaduan rakyat, serta memajukan kelestarian. Namun, IDEAS juga menggesa agar lebih tumpuan diberikan terhadap pertumbuhan yang dipandu oleh sektor swasta di samping pertumbuhan dipandu oleh kerajaan, dan juga usaha bersepadu dalam mempromosi pemulihan.

Berkenaan dasar pelajaran, IDEAS menyambut baik usaha baharu untuk menambah baik kualiti pendidikan anak-anak Orang Asli. Perancangan untuk meningkatkan kualiti dan capaian kepada penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) adalah sesuatu yang positif, satu langkah penting ke arah meningkatkan kemahiran asas celik huruf. IDEAS juga mengalu-alukan arah yang diambil kerajaan dengan mengguna pakai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih separa formal menerusi program Bringing School to Community. Walaupun begitu, terdapat keperluan untuk menangani pelbagai isu yang mendasari masalah kecicirian seperti kemiskinan, ketidaksejajaran kurikulum terhadap kebudayaan dan persekitaran mereka, dan akhir sekali capaian kepada prasarana asas. 

IDEAS juga mengalu-alukan perancangan kerajaan untuk melindungi kebajikan rakyat dan meningkatkan perlindungan sosial dalam RMK12, terutamanya mengambil kira pengumuman terkini bahawa kadar kemiskinan mutlak Malaysia telah meningkat sebanyak 8.4% dan mencapai 20%. Kira-kira 580,000 isi rumah dalam kumpulan M40 telah jatuh ke dalam kumpulan B40 disebabkan wabak COVID-19. 

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh, menyebut, “Ketika ekonomi sedang memasuki fasa pemulihan, usaha untuk membina semula pendapatan kumpulan B40 dan M40 serta pelbagai program pemahiran semula dan peningkatan kemahiran supaya dapat memberi ketahanan kepada tenaga buruh pada masa hadapan harus menjadi fokus utama pihak kerajaan dalam tempoh lima tahun mendatang. Usaha untuk  memperkemas sistem perlindungan sosial Malaysia, terutama pangkalan datanya, turut dialu-alukan kerana hal ini sesuatu yang penting dalam mengukuhkan sistem dalam menghadapi krisis pada masa akan datang. Namun, ketika fokus terhadap pengagihan diperlukan terutama dalam senario pasca wabak, IDEAS ingin melihat lebih fokus diberikan terhadap langkah dan strategi pertumbuhan. Hal ini turut diperlukan untuk mencapai sasaran bercita-cita tinggi sebanyak 4.5% – 5.5% pertumbuhan setiap tahun dan juga meningkatkan purata pendapatan isi rumah kepada RM10,000.” 

Yeoh mengulas, “Apabila menyebut tentang pembaharuan institusi yang lebih mendalam, IDEAS mengalu-alukan rancangan untuk fokus kepada perkara yang telah lama kami seru, termasuk langkah untuk meningkatkan ketelusan belanjawan, undang-undang perolehan awam, serta tadbir urus pelantikan pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lebih baik dan berdasarkan kelayakan. Kami menanti untuk melihat perkara-perkara ini, bersama pelaksanaan Pelan Antirasuah Kebangsaan (NACP), untuk mempunyai sasaran dan garis masa yang jelas.”

IDEAS turut menyambut baik inisiatif kerajaan untuk memperluas perkhidmatan ‘End-To-End’ (E2E) dalam talian merentasi agensi awam di bawah pelbagai kementerian dan sektor swasta supaya dapat memudahkan interaksi antara masyarakat awam, industri, dan pihak kerajaan. Kami mengambil maklum bahawa Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 telah menggariskan visi strategik untuk mendigitalkan perkhidmatan kerajaan dan melaksanakannya menerusi satu pendekatan yang sistematik dan menyeluruh agar dapat meningkatkan perkhidmatan E2E sekurang-kurangnya sebanyak 80% menjelang hujung tahun 2025. Namun, kami menyeru pihak kerajaan untuk lebih bercita-cita tinggi dalam meningkatkan peratusan perkhidmatan E2E pada pelbagai platform kerajaan. Sehingga bulan Julai 2021, peratusan E2E kerajaan Persekutuan adalah 57.02%. Kerajaan-kerajaan negeri juga perlu meningkatkan perkhidmatan E2E mereka.

Inisiatif untuk mengkaji pengenalan Akta Perkhidmatan Awam diterima dengan baik tetapi pemisahan kuasa dan tanggungjawab yang jelas antara pegawai kerajaan dan penggubal dasar diperlukan agar dapat mencegah salah guna kuasa serta memastikan tiada pertindihan tugas dan peranan.

Kami turut mengalu-alukan pindaan Perlembagaan untuk membenarkan rakyat Malaysia berusia 18 tahun mengundi (UNDI18). Menyentuh mengenai Perpaduan Nasional yang disarankan di dalam RMK12, IDEAS menyambut baik fokus kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak kepimpinan berasaskan komuniti dan kesukarelawanan belia serta jemputan kepada mereka untuk bekerjasama dengan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dalam program-program perpaduan dan menerima pendapat awam. 

Walaupun begitu, IDEAS juga cakna akan ketiadaan satu elemen penting dalam RMK12 iaitu pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen. IDEAS merasakan bahawa pengenalan Indeks Tadbir Urus Malaysia untuk mengukur prestasi pelaksanaan perkhidmatan awam perlu juga disertakan dengan analisis prestasi tahunan kerajaan negeri.

IDEAS juga menzahirkan kekhuatiran berkenaan andaian kerajaan bahawa ruang digital mewujudkan ketidakharmonian dan keperluan untuk menyekat/mengawasi media sosial menggunakan undang-undang yang menindas. IDEAS percaya bahawa kebebasan bersuara tidak seharusnya dianggap sebagai satu ancaman keselamatan. Malah, agenda perpaduan kerajaan perlu dibincangkan bersama pemegang taruh peringkat akar umbi yang lebih ramai yang menawarkan inovasi lebih baik, berbanding menggunakan rumusan yang sama daripada para pakar yang dilantik. Pihak kerajaan juga perlu mempertimbangkan isu koordinasi antara kementerian dan biro berbeza.

— TAMAT —

Download Media Statement PDF File Here

For enquiries, please contact:
Zokhri Idris, Ph.D, Director, External Relations
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

November 23, 2021

IDEAS launches ‘50 Years of New Economic Policy’ to assess impact and shortcomings of policy


Read more
November 16, 2021

IDEAS: Ikrar untuk promosi kestabilan dan ketelusan dalam PRN Melaka satu perkara positif, tetapi perlu diinstitusikan


Read more
November 16, 2021

IDEAS: Pledges to promote stability and transparency in Malacca state election positive, but institutional changes required


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2021 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)