• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS gesa kerajaan pastikan kesaksamaan dan ketelusan dalam peruntukan dana pembangunan kawasan pilihan raya

IDEAS gesa kerajaan pastikan kesaksamaan dan ketelusan dalam peruntukan dana pembangunan kawasan pilihan raya

July 17, 2023
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • democracy
  • Independent Institutions
  • Malaysia

Kuala Lumpur, 17 Julai 2023 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) memuji YB Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP dan Menteri Pengangkutan atas sokongannya terhadap usaha menginstitusikan peruntukan dana pembangunan kawasan pilihan raya (CDF). IDEAS juga mengambil maklum bahawa terdapat gesaan oleh parti politik yang berbeza daripada kedua-dua belah pihak untuk memastikan bahawa CDF diperuntukkan secara saksama.

Isu utama yang telah dikenal pasti oleh pihak berbeza termasuk pemusatan kuasa kepada Eksekutif dalam memutuskan peruntukan CDF, eksploitasi CDF terhadap parti pembangkang oleh kerajaan yang memerintah, dan kelegapan pengagihan dan penggunaan CDF di kawasan pilihan raya.

Pada bulan Mac 2021, IDEAS dan Bersih telah menerbitkan secara bersama kertas dasar bertajuk “Removal or Reform: Charting the Way Forward for Malaysia’s Constituency Development Funds”. Kertas ini menyatakan bahawa matlamat langsung adalah mewujudkan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) yang telus yang diagihkan secara saksama dan bertanggungjawab dalam kalangan Ahli Parlimen. Antara cadangan yang kami sarankan termasuk:

  • Pengagihan CDF yang saksama. Sekiranya peruntukan berbeza hendak diberikan kepada Ahli Parlimen, kerajaan perlu mendedahkan formula agihan dan jumlah tepat yang akan diperuntukkan kepada setiap Ahli Parlimen;
  • Mendedahkan jumlah yang diperuntukkan untuk pengagihan CDF pada permulaan tahun belanjawan;
  • Menamakan peruntukan dengan betul dalam dokumen kerajaan yang berkaitan, terutamanya dalam dokumen belanjawan yang tersedia secara umum seperti “Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan.” Jika sumber peruntukan datang daripada belanjawan beberapa kementerian, sumbernya hendaklah dinyatakan dengan jelas;
  • Mewujudkan platform yang memudahkan penyelarasan antara agensi yang bertanggungjawab untuk pengagihan CDF persekutuan dan negeri. Ini termasuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di peringkat persekutuan dan Pejabat Daerah di peringkat negeri, dan;
  • Menghendaki semua Ahli Parlimen melaporkan secara terbuka penggunaan peruntukan masing-masing

Dalam beberapa tahun akan datang, di peringkat negeri, IDEAS dengan kerjasama BERSIH dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) lain sedang berusaha untuk menjalankan sesi libat urus dengan kerajaan negeri untuk mendesak satu enakmen negeri yang akan memastikan kesaksamaan dan ketelusan dalam peruntukan CDF di peringkat negeri. Kami juga telah merangka Rang Undang-undang CDF secara bersama yang akan kami gunakan sebagai asas untuk perbincangan dengan pihak berkepentingan di seluruh negeri yang berbeza.

Beberapa cadangan dalam Rang Undang-undang CDF yang kami cadangkan termasuk peruntukan dana yang saksama kepada semua kawasan pilihan raya merentasi parti, formula peruntukan yang dipersetujui, serta semak dan imbang. Pengagihan dan penggunaan peruntukan perlu diterbitkan dan terbuka untuk penelitian umum. Kami akan mengadakan libat urus bersama ahli politik dan orang ramai dalam beberapa bulan akan datang dan tidak sabar untuk menerima input untuk merangka undang-undang yang boleh dilaksanakan untuk CDF.

Akhirnya, perlu ada kesediaan di pihak kerajaan persekutuan dan negeri untuk menginstitusikan peruntukan yang saksama dan telus untuk semua wakil rakyat. Kini adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan perubahan ini.

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Aira Azhari
Pengurus Kanan
Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my

Alissa Rode
Pengurus Penyelidikan
Unit Kewangan Awam
T: +603 2070 8881/8882 | E: alissa@ideas.org.my

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)