• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS alu-alukan kenyataan Menteri Undang-Undang tentang keperluan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya

IDEAS alu-alukan kenyataan Menteri Undang-Undang tentang keperluan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya

September 7, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • governance
  • Malaysia

Kuala Lumpur, 6 September 2022: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai hasrat kerajaan untuk mengasingkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Kajian yang dijalankan oleh kerajaan adalah satu langkah yang betul memandangkan pelbagai kes rasuah berprofil tinggi yang melanda Malaysia sejak beberapa tahun belakangan ini. Skandal 1MDB adalah satu kajian kes yang jelas iaitu Peguam Negara pada ketika itu, Tan Sri Datuk Seri Abdul Gani Patail telah dipecat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan digantikan oleh Tan Sri Apandi Ali, yang tindakan beliau seterusnya telah mengurangkan kepercayaan orang ramai kerana konflik kepentingan dan di bawah pengaruh politik.

“Kertas kajian IDEAS berkenaan hal ini, diterbitkan pada tahun 2016, boleh menjadi satu titik permulaan untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan penting ini. Kebebasan kedua-dua jabatan ini harus dilihat sebagai bahagian penting dalam pakej pembaharuan institusi yang lebih besar yang sedang dilaksanakan, seperti pindaan perlembagaan mengenai Anti Lompat Parti, Akta Perkhidmatan Parlimen serta Undang-Undang Pendanaan Politik,” ulas Dr Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

Hal ini juga adalah demi kepentingan terbaik semua rakyat Malaysia untuk melihat pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya sebagai sebahagian daripada pengukuhan kedaulatan undang-undang sebagai nilai teras masyarakat demokratik, dan untuk menegakkan prinsip pengasingan kuasa dalam tiga cabang kerajaan khususnya untuk membatasi dengan jelas peranan Peguam Negara untuk badan eksekutif dan tugas Pendakwa Raya untuk badan kehakiman. IDEAS menantikan untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menawarkan pandangan dan cadangan tentang perkara penting ini.

“Selain daripada kertas kajian oleh IDEAS dan BERSIH, pelbagai kajian juga semestinya telah dijalankan oleh jawatankuasa-jawatankuasa terdahulu seperti Jawatankuasa Pembaharuan Institusi, yang perlu diberikan pertimbangan teliti. Menteri Undang-Undang malah boleh memulakan proses dengan menurunkan bahagian dan tugasan prosedur tertentu dalam Jabatan Peguam Negara yang melibatkan pendakwaan, yang boleh dilakukan tanpa pindaan perlembagaan,” kata Dr Yeoh.

— TAMAT —

Kertas Cadangan Dasar IDEAS No. 34, ‘Separating the Attorney General and Public Prosecutor: Enhancing Rule of Law in Malaysia’ boleh di muat turun di sini.

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Aira Azhari,
Pengurus Kanan, Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my

Louis Denis, Pengurus Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)