• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Akta Perolehan Kerajaan Perlu Institusikan Langkah Ketelusan Dalam Amalan Perolehan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri Demi Membina Kepercayaan Rakyat

IDEAS: Akta Perolehan Kerajaan Perlu Institusikan Langkah Ketelusan Dalam Amalan Perolehan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri Demi Membina Kepercayaan Rakyat

June 7, 2024
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Malaysia
  • Procurement

Kuala Lumpur, 7 Jun 2024: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa kerajaan negeri Selangor serta semua kerajaan negeri agar menginstitusikan ketelusan dalam perolehan awam termasuk perolehan yang dianugerahkan melalui kaedah terhad. Salah satu cara untuk menginstitusikan ketelusan adalah dengan memastikan bahawa kerajaan negeri juga tertakluk kepada perundangan perolehan kerajaan. Hal ini berikutan timbul dakwaan konflik kepentingan dalam pelantikan penyedia perkhidmatan mobiliti untuk Pembuktian Konsep (POC) bagi perkhidmatan Transit Responsif Atas Permintaan (DRT) di Selangor.

IDEAS mengalu-alukan penjelasan yang diberikan oleh YB Ng Sze Han, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk portfolio Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, bahawa DRT merupakan satu bidang baharu dan sangat khusus dengan hanya beberapa syarikat sahaja yang berdaftar untuk menyediakan perkhidmatan ini. Menurutnya, Badanbas ialah sebuah lagi syarikat yang terlibat dalam proses pengujian Pembuktian Konsep ini dan syarikat yang menjalankan pengujian dipilih melalui satu Permintaan Cadangan (RFP). Kami juga mengambil maklum bahawa Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari menawarkan untuk menyediakan butiran lengkap di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor, termasuk minit mesyuarat yang melibatkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Walau bagaimanapun, penjelasan dan tawaran untuk mendedahkan hanya diberikan selepas orang awam mempersoalkan sifat pelantikan dan dakwaan konflik kepentingan kerana pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Mobiliti, Ramachandran Muniandy, adalah suami kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. Pendedahan ini seharusnya diinstitusikan untuk membolehkan keterbukaan dan kebertanggungjawaban awam yang lebih baik.

“Insiden ini menekankan kepentingan Akta Perolehan Kerajaan (GPA), yang akan menyediakan peraturan untuk pelbagai kaedah perolehan kerajaan supaya lebih berdaya saing dan telus, serta menunjukkan komitmen yang lebih kuat terhadap tanggungjawab fiskal. GPA dijangka akan dibentangkan menjelang suku kedua tahun ini, seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan pada Oktober 2023. Pada masa ini, tiada undang-undang khusus mengenai proses perolehan awam di Malaysia, dengan proses perolehan kerajaan sebahagian besarnya ditetapkan oleh satu siri pekeliling dan peraturan yang diterjemahkan kepada arahan daripada Kementerian Kewangan,” ulas Dr Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

IDEAS menyeru kerajaan negeri untuk menerapkan piawaian tinggi dalam ketelusan perolehan, seperti mendedahkan maklumat berkaitan pada setiap peringkat proses perolehan melalui penerbitan rancangan perolehan, butiran jemputan pembidaan, dan butiran pembidaan yang berjaya atau pelantikan yang dibuat di laman web perbendaharaan negeri atau portal khusus perolehan dalam talian. Keperluan pendedahan ini seharusnya dikenakan kepada semua jenis projek, termasuk pembuktian konsep, projek rintis, atau kajian kebolehlaksanaan. Selain itu, mekanisme semakan untuk mengemukakan aduan mengenai pemilihan perolehan yang tidak adil akan meningkatkan lagi keyakinan awam, kerana pesaing yang mungkin telah ditolak secara tidak adil mempunyai saluran untuk proses pemilihan disemak. Ketika ini, hanya enam negeri yang menerbitkan keputusan tender di portal berpusat, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, dan Negeri Sembilan. Malangnya, portal tersebut hanya memaparkan maklumat mengenai keputusan tender dan sebut harga, bukan hasil daripada kaedah perolehan lain seperti RFP.

Mengenai seruan berterusan untuk tender terbuka, Sri Murniati Yusuf, Pengarah Penyelidikan Kanan IDEAS berkata, “Tender terbuka bukan satu-satunya kaedah perolehan yang akan memastikan persaingan dan ketelusan. Malah, ia tidak sesuai untuk perolehan perkhidmatan dan kerja yang memerlukan kepakaran atau kelayakan tertentu, di mana kepakaran ini tidak tersedia secara meluas. Sebagai contoh, Undang-undang Model UNCITRAL mengenai Perolehan Awam mengenal pasti sembilan kaedah perolehan lain untuk dipilih bergantung pada konteks amalan perolehan. Namun, jika tender terbuka tidak digunakan sebagai kaedah perolehan, pihak berkuasa perolehan perlu memberikan justifikasi untuk memilih kaedah lain. Lebih penting lagi, sebaik sahaja pemilihan dibuat, pihak berkuasa perolehan mesti menerbitkan maklumat tersebut kepada orang awam. Undang-undang perolehan yang akan dibentangkan sepatutnya menyediakan pelbagai pilihan kaedah perolehan sambil mewajibkan pihak berkuasa perolehan melaksanakan proses perolehan secara telus; Undang-undang Model UNCITRAL mengenai Perolehan Awam boleh digunakan sebagai rujukan.

Mengulas tentang penglibatan individu politik, Sri Murniati berkata, “Individu yang terlibat politik tidak dihalang daripada membida atau menyediakan perkhidmatan kerajaan, tetapi perlu memastikan terdapat proses yang telus, adil, dan berdaya saing, serta memberikan nilai terbaik untuk wang rakyat. Akhirnya, amat penting bagi orang awam untuk mempercayai proses perolehan, dan kepercayaan hanya boleh diperoleh melalui proses yang telus dan bertanggungjawab.”

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)