Loading Events
  • This event has passed.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan telah lama menjadi perdebatan di antara ahli politik, ilmuwan, masyarakat madani dan rakyat Malaysia secara amnya. Selama lebih 60 tahun negara ini dibentuk, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar dalam usaha menyetarakan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Namun, sehingga hari ini, masih ada yang berpendapat bahawa dasar-dasar ini bukanlah satu bentuk bantuan, tetapi merupakan diskriminasi terhadap kaum lain. Ada juga yang risau bantuan ini dihapuskan kerana masih bergantung kepada manfaat yang diterima setelah sekian lama. Perbincangan ini akan cuba merungkai persoalan-persoalan ini dari sudut perlembagaan dan pelaksanaan dasar.

The special position of the Malays as prescribed in the Federal Constitution has been a source of debate and tension between politicians, academics, civil society and Malaysians for decades. Since Malaysia’s formation, the government has proposed and implemented many policies to ensure a level playing field between Malays and other races. Until today, misconceptions remain on whether these policies serve to assist the Malays or are discriminatory to other races. Any mention of a possible revocation of these policies draws concern as many have come to rely on them over the years. This webinar hopes to shed light on these questions from a constitutional and policy implementation perspective.

To Register: https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_OW3tgtbRRu6QbyuoCeCZPw