• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS ucap tahniah atas pelantikan Perdana Menteri ke-10 Malaysia, gesa kerajaan baharu tegakkan integriti dan kembalikan keyakinan awam terhadap institusi penting demokrasi

IDEAS ucap tahniah atas pelantikan Perdana Menteri ke-10 Malaysia, gesa kerajaan baharu tegakkan integriti dan kembalikan keyakinan awam terhadap institusi penting demokrasi

November 24, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Demokrasi
  • Malaysia
  • Politik

Kuala Lumpur, 24 November 2022: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri ke-10 Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah keluar mengundi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menyumbang kepada lebih 70% peratusan keluar mengundi. Dengan terbentuknya kerajaan baharu ini, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa kerajaan baharu untuk menegakkan integriti dan mengembalikan keyakinan awam  terhadap institusi-institusi penting demokrasi. IDEAS juga menjunjung kasih DYMM Yang di-Pertuan Agong kerana mempamerkan kebijaksanaan ketika mengemudi proses pembentukan kerajaan ini sepanjang minggu lalu.   

Antara keutamaan segera pihak kerajaan adalah untuk meyakinkan rakyat dan para pelabur akan kestabilan politik, iaitu semua ahli parti gabungan yang menyokong bersetuju untuk kerajaan ini berkhidmat selama lima tahun penuh. Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Dr Tricia Yeoh mengulas, “IDEAS mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Namun, kami ingin menekankan kepentingan memberi jaminan kepada rakyat bahawa aturan ini akan kekal sepanjang tempoh memegang jawatan, dengan satu mekanisme yang terbina dalam perjanjian parti gabungan untuk mengesahkan hal tersebut, Ketidakstabilan politik selama dua setengah tahun yang lalu harus segera dibalikkan jika kita ingin merancang pemulihan ekonomi yang pesat.”

Antara keutamaan ekonomi yang perlu diberi perhatian segera termasuk menguruskan kadar inflasi, mengukuhkan Ringgit, meningkatkan jaringan keselamatan sosial, menyediakan bantuan bersasar kepada kumpulan berpendapatan rendah serta pengurusan hutang awam selaras dengan manifesto pilihan raya masing-masing. Dr Yeoh berkata, “Walaupun Malaysia sebahagiannya telah pulih daripada sekatan ekonomi sejak beberapa tahun belakangan ini, dijangkakan akan berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 2023 dan kepimpinan negara harus bersedia untuk mengemudi negara ke arah yang betul untuk menahan sebarang kejutan ekonomi dalam beberapa bulan akan datang. Sehubungan dengan itu, kerajaan baharu perlu membentangkan Belanjawan 2023 sebelum akhir tahun ini sebagai tindakan segera bagi memastikan perbelanjaan disediakan untuk tahun fiskal akan datang.

Memandangkan pembaharuan institusi telah ditonjolkan dengan ketara di dalam Manifesto PH, IDEAS berharap keutamaan kerajaan dalam perkara ini akan termasuk antaranya Akta Pendanaan Politik, Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan, meneruskan Akta Tanggungjawab Fiskal, memperkenalkan semula AKta Perkhidmatan Parlimen, memajukan lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, menyemak Peraturan Majlis Mesyuarat,  serta memisahkan Pejabat Pendakwa Raya daripada Jabatan Peguam Negara. Dalam jangka masa sederhana, mempertingkat pembaharuan pilihan raya, mempertingkat kadar celik politik pengundi dan merealisasikan komitmen dasar mengenai Perjanjian Malaysia 1963 akan kekal menjadi penting.  

Memandangkan banyak gabungan yang membentuk kerajaan baharu, IDEAS mencadangkan agar kerajaan ini mengekalkan komposisi Kabinet yang lebih kecil, melaksanakan usaha wajar yang ketat dan tetap terhadap portfolio menterinya, serta mengelak daripada melakukan pelantikan politik yang berlebihan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau badan berkanun persekutuan (FSB) sebagai cara untuk memberi ganjaran kepada sokongan politik.

Dr Yeoh menambah, “Kempen PRU15 menyaksikan banyak kenyataan yang menyinggung garis kaum dan agama. Kerajaan baharu yang terdiri daripada parti politik pelbagai ideologi dan kecenderungan kini perlu memainkan peranan penting dalam menangani keretakan dalam masyarakat Malaysia disebabkan polarisasi. Membina sebuah masyarakat yang terangkum memerlukan usaha yang kuat, dan ia memerlukan kejelasan dan kebijaksanaan yang besar dalam mengharungi lautan bergelora ini. IDEAS berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan baharu untuk bersama-sama memulihkan negara, bersama kumpulan berkepentingan lain yang mewakili semua latar belakang. 

Presiden Pengasas IDEAS Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz menyimpulkan, “Sebagaimana titah Seri Paduka Baginda Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, ‘Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua’. IDEAS berharap untuk melibatkan diri dengan para menteri dan Ahli Parlimen daripada semua parti, seperti yang selalu kami lakukan melalui majlis penasihat kami, dan kini melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) demi Malaysia tercinta. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang di-Pertuan Agong pertama ketika merasmikan Parlimen Malaya pada tahun 1959, ‘Semoga Parlimen menang dan mengekalkan penghormatan semua…adalah jangkaan kami bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat akan berjuang dengan semangat yang terbaik dan rasa muhibah antara satu sama lain.’”

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Halmie Azrie Abdul Halim, Eksekutif, Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: halmie@ideas.org.my

Louis Denis, Pengurus Perhubungan Luar, IDEAS Malaysia
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)