• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Belanjawan 2025 Tunjukkan Langkah Positif dalam Tanggungjawab Fiskal dan Tadbir Urus, namun Asas Hasil yang Sempit Masih Perlukan Perhatian

Belanjawan 2025 Tunjukkan Langkah Positif dalam Tanggungjawab Fiskal dan Tadbir Urus, namun Asas Hasil yang Sempit Masih Perlukan Perhatian

October 19, 2024
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Belanjawan
  • Belanjawan 2025
  • Budget
  • Budget 2025
  • Malaysia Madani
  • PMX

Kuala Lumpur, 19 October 2024: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan Belanjawan MADANI ketiga (Belanjawan 2025) kerajaan, menunjukkan usaha terarah untuk mempromosikan pertumbuhan seimbang, pengurusan fiskal yang bertanggungjawab, dan pembangunan mampan sambil menangani cabaran sosioekonomi utama. IDEAS menekankan kepentingan pelaksanaan dan penilaian inisiatif utama untuk memastikan hasil belanjawan ini dicapai, khususnya dalam usaha pengukuhan fiskal dan reformasi tadbir urus.   

Tanggungjawab dan Pengukuhan Fiskal  

Usaha berterusan kerajaan dalam pengukuhan fiskal adalah sesuatu yang wajar. Pengurangan defisit fiskal daripada 5% pada 2023 kepada 4.3% pada 2024 dan unjuran 3.8% pada 2025 menggambarkan komitmen serius untuk mengurangkan beban hutang negara. Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (PFFRA) akan menjadi rangka kerja penting bagi memandu dasar fiskal yang berhemat, sesuatu yang disokong oleh IDEAS. Namun, kami bimbang dengan peningkatan kos perkhidmatan hutang, yang dijangka meningkat sebanyak 7.7% kepada RM54.7 bilion. Perbelanjaan untuk perkhidmatan hutang kini meningkat daripada 15.8% (2024) kepada 16.3% daripada perbelanjaan operasi pada 2025.    

Kami menekankan bahawa reformasi lanjut diperlukan untuk menangani nisbah hasil cukai kepada KDNK Malaysia yang rendah, iaitu diunjurkan pada 12.4% pada 2025, jauh lebih rendah berbanding purata 18.8% bagi negara berpendapatan sederhana tinggi. Hal ini hanya peningkatan kecil daripada 12.3% pada 2024 dan lebih rendah daripada 12.6% pada 2023.  Pendekatan berhati-hati kerajaan dalam meningkatkan hasil telah menghasilkan langkah cukai yang agak kecil, seperti peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada barangan tidak penting yang sebelum ini dikecualikan, serta pengenalan cukai dividen sebanyak 2% bagi pemegang saham individu dengan pendapatan dividen tahunan melebihi RM100,000. Walaupun perubahan ini adalah langkah ke arah yang betul, ia dijangka tidak akan meningkatkan hasil kerajaan dengan ketara.  Meskipun tahap defisit diunjurkan berkurang daripada 4.3% kepada 3.8% daripada KDNK, rangka kerja fiskal jangka sederhana menetapkan sasaran sederhana dengan purata defisit 3.5% bermula 2025 hingga 2027 –  masih jauh daripada sasaran di bawah 3% seperti yang ditetapkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal. 

“Kita berada dalam kedudukan ekonomi yang kukuh, dengan pertumbuhan KDNK 5.9% pada suku kedua 2024, inflasi rendah, dan kadar pengangguran yang rendah. Ini adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan langkah lebih menyeluruh bagi meningkatkan hasil atau mengurangkan subsidi secara signifikan. Namun, pelarasan cukai yang kecil dan rasionalisasi subsidi yang sederhana merupakan satu kesempatan yang dipersiakan dan menimbulkan kebimbangan terhadap  keupayaan kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal  yang diwajibkan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal,” kata Aira Azhari, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.    

Perniagaan dan Perdagangan  

Perangkaan semula langkah insentif melalui Kerangka Insentif Pelaburan Baharu selaras dengan peralihan dasar terhadap sektor bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu (IC) dan teknologi canggih. Langkah untuk menggalakkan institusi swasta dalam melengkapkan pelajar dengan kemahiran pasaran masa depan amat dialu-alukan, namun memerlukan maklum balas berterusan daripada industri untuk memastikan kursus ditawarkan sentiasa relevan.   

Belanjawan ini turut memberi penekanan kepada usaha mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan wilayah melalui pembentukan kluster ekonomi peringkat negeri dan insentif cukai bagi enam negeri yang kurang membangun. Usaha tambahan untuk mempromosi jalinan rantaian bekalan tempatan, menambah baik kawasan perindustrian, dan  memperkukuh Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) akan menyokong matlamat ini. Bagi JSSEZ, peruntukan untuk insentif dan pusat pemudah cara dapat membantu kedua-dua negara menyokong syarikat dalam mengembangkan operasi serta menangani cabaran seperti kekurangan tenaga mahir dan halangan birokrasi.  

Dengan eksport perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia hanya mencapai 12.2% pada 2023—jauh di bawah sasaran 25% dalam RMK-12 bagi 2025—terdapat keperluan untuk meningkatkan peluang eksport bagi PMKS. Menyedari bahawa saiz syarikat memberi kesan besar terhadap potensi pengantarabangsaan, peruntukan sasaran sebanyak RM1 bilion di bawah Program Syarikat Mid-Tier dapat merapatkan jurang ini dengan menyokong syarikat yang mempunyai kapasiti dan sumber untuk mengeksport.  Namun, pelaksanaan yang berkesan adalah kunci bagi memastikan kadar penerimaan dan penggunaan dana ini tinggi. Penting untuk mengenal pasti syarikat yang layak secara tepat menggunakan alat sedia ada bagi mengenal pasti firma yang paling berpotensi untuk berjaya dalam eksport dan mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini. Menilai jurang dalam penggunaan semasa—seperti mengurangkan halangan pemprosesan dan menangani kekurangan kesedaran—akan menjadi langkah penting untuk memaksimumkan keberkesanan inisiatif ini.  

Perubahan Iklim dan Kelestarian  

Kami menyambut baik cadangan untuk melaksanakan perintis harga karbon dalam industri besi dan keluli, memandangkan sektor ini sukar untuk dinyahkarbonkan dan akan terkesan dengan Mekanisme Penyesuaian Sempadan Karbon (CBAM) Kesatuan Eropah (EU). Memandangkan EU adalah rakan dagangan utama Malaysia dan aliran eksport yang signifikan tertumpu pada sektor jentera dan industri, langkah ini menjadi kritikal kerana pengeluaran keluli dijangka meningkat tiga kali ganda dan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sektor ini dijangka meningkat empat kali ganda menjelang 2030. 

Pelaksanaan mekanisme ini akan memberi insentif kepada industri untuk mengurangkan karbon, menyokong matlamat Malaysia untuk mengurangkan intensiti karbon sebanyak 45% menjelang 2030 dan mencapai pelepasan karbon sifar bersih  menjelang 2050. Ia membolehkan Malaysia menguji pendekatannya dalam sektor keluli dan industri pelepasan karbon tinggi yang lain, sambil memastikan pematuhan terhadap peraturan tempatan dan tuntutan perdagangan antarabangsa, serta menangani cabaran pencukaian karbon.

Selain itu, Belanjawan 2025 meningkatkan peruntukan untuk Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) sebanyak 25%, daripada RM200 juta kepada RM250 juta, dengan separuh daripada peruntukan tersebut bergantung kepada prestasi perbelanjaan kerajaan negeri. Hal ini memberi insentif kepada negeri untuk memelihara habitat semula jadi sambil mengurangkan kebergantungan kepada hasil daripada perlombongan dan pembalakan. Dalam jangka panjang, kami juga mendokong kajian semula mengenai pembahagian hasil antara kerajaan persekutuan dan negeri bagi mempromosikan dasar penggunaan tanah yang mampan.  

Tadbir Urus dan Demokrasi

Belanjawan 2025 memberi keutamaan terhadap agenda tadbir urus. Kami memuji langkah kerajaan untuk pembaharuan tadbir urus badan berkanun dan menggabungkan entiti bertindih seperti Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan InvestKL, demi menambah baik pelaksanaan perkhidmatan awam.   

Namun, kejayaan penggabungan institusi ini memerlukan keazaman politik yang kuat. Pejabat Penyelaras Badan Berkanun Persekutuan memerlukan mandat kukuh bagi merealisasikan pembaharuan ini. Ketelusan juga sangat penting, dan kami menggesa kerajaan untuk memastikan Parlimen dan orang awam dimaklumkan sepanjang proses ini.   

Belanjawan ini juga meningkatkan peruntukan bagi aktiviti pemantauan, termasuk peningkatan peruntukan Jabatan Audit Negara sebanyak 10.2% daripada RM167 juta kepada RM184 juta dan peningkatan peruntukan Parlimen sebanyak 7.3% daripada RM166 juta kepada RM180 juta. Langkah ini akan memperkukuh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK). Peruntukan ini boleh menyokong nasihat pakar, penyelidikan dan pelaporan, serta perundingan awam yang diperlukan untuk pemantauan yang berkesan. Kami menggesa kerajaan mempercepat pengembalian semula Akta Perkhidmatan Parlimen bagi memastikan peningkatan autonomi institusi, pentadbiran dan kewangan Parlimen daripada cabang Eksekutif.   

Kesimpulan  

Secara keseluruhan, Belanjawan 2025 menunjukkan langkah positif ke arah disiplin fiskal dan reformasi tadbir urus. Namun, kejayaannya bergantung pada keupayaan kerajaan melaksanakan komitmen ini dengan segera dan telus. Memastikan kebebasan institusi yang sebenar untuk Parlimen kekal sebagai satu keprihatinan utama, terutamanya dalam memperkukuh fungsi pemantauannya.

“Walaupun Belanjawan 2025 menetapkan hala tuju yang betul, cabaran sebenar adalah memastikan asas hasil diperluaskan, terutama memandangkan nisbah hasil cukai kepada KDNK yang rendah. Kita perlu ingat bahawa keperluan asas rakyat memerlukan perbelanjaan besar, dan tiba masanya kerajaan perlu memperkenalkan cukai baharu untuk menampung perbelanjaan ini,” tambah Aira. 

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)