Bantu pelajar keciciran

First published on Sinar Harian Online 11 February 2017

Insitut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mendapati masalah keciciran merupakan antar masalah utama membelenggu pelajar sekolah, terutamanya yang berada dalam fasa peralihan ke sekolah menengah.

Pada 2012, didapati seramai 46,791 pelajar sekolah rendah keciciran apabila menjelang masa untuk mereka melangkah e Tingkatan 1, dan jumlah peratusan keciciran tertinggi dicatatkan di Johor, Terengganu dan Lembah Klang. Perkaitan paling ketara adalah di antara keciciran pelajar dengan factor pendapatan isi rumah yang rendah.

Projek Yusuff (PY), sebuah programkhidmat masyarakat anjuran mahasiswa Universiti Malaya (UM) dari Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB), cuba membantu situasi ini dengan mengadakan program kelas tuisyen percuma untuk sejumlah 16 anak-anak keciciran dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Kuala Lumpur.

Program yang bermula pada 2015 ini pada mulanya dianjurkan dengan kerjasama I-Sina, Projek Iqra’ dan Yayasan Wilayah Persekutuan di Dewen Mini Terminal Sejahtera (MINTS), PPR Paintai Ria. Walau bagaimanapun, sejak September 2016, program ini dianjurkan di kampus UM.

Menariknya, PY diilhamkan bukan bertujuan untuk menjadikan pelajar-pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, sebaliknya lebih kepada menjadikan mereka terus berminat untuk meneruskan pelajaran di sekolah. Dalam erti kata lain, program ini cuba untuk meletakkan mereka semula dalan arus pembelajaran bersama rakan-rakan sebaya agar tidak tercicir lagi.

“Kami percaya proses pembelajaran boleh dilaksanakan melalui cara yang pelbagai, termasuklah pendedahan secrara praktikal melalui aktiviti yang menyeronokkan. Motivasi inilah yang ingin kita pupuk di dalam pelajar-pelajar ini supaya terus berusha dan kekal berada dalam alam persekolahan,” kata Penasihat PY, Dr Khairunnisa Hasikin.

Ikuti perkongsian sukarelawan PY yang terpilih menjadi ‘cikgu’ walaupun masih bergelar siswa siswa di KKTB, UM.

 

2017-03-01T09:18:19+08:00 11th January 2017|News, Advancing a Competitive Economy, Human capital|Comments Off on Bantu pelajar keciciran