
Sempena dengan Bulan Kemerdekaan, kami akan menelusuri perjalanan Malaysia dalam mencapai kemerdekaan. Hari ini, kita akan meneroka kisah nasionalisme Melayu. Bagaimanakah nasionalisme telah membentuk identiti Malaysia pada hari ini? Apakah cara yang digunakan oleh para cendekiawan dan ahli politik Melayu dalam usaha membebaskan Malaya daripada cengkaman penjajah? Bagaimanakah cara untuk memahami sebuah negara majmuk bernama Malaysia ini?
For the English version of this infographic, visit @imaginedmalaysia page.
Kami bersama @imaginedmalaysia sedang bekerjasama untuk Projek #TanpaPerkauman: Sejarah Antirasis Malaysia, sebuah kempen yang bertujuan untuk memperkukuh kualiti wacana sejarah Malaysia supaya lebih inklusif, tepat dan majmuk. Projek ini dibiayai bersama oleh @euinmalaysia.
Kunjungi laman akaun kami setiap minggu untuk infografik terkini!
#KitaBukanKami #Antiracism #Antirasisme #TanpaPerkauman #BangsaMalaysia