Publications > News

Ringgit, bursa mengukuh

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh ke paras RM4.0740 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun diniagakan rendah melepasi RM4.08 dalam sesi awal pagi sejajar dengan kelemahan mata wang pasaran baharu muncul Asia disebabkan kebimbangan perang dagangan antara AS dan China yang kian memuncak.

Pasaran tempatan turut mencatat prestasi yang baik apabila melonjak 11.34 mata kepada 1,790.09 mata yang me-nyaksikan 576 kaunter untung manakala 328 kaunter rugi dan 424 kaunter tidakberubah.

Penganalisis Ekonomi Institut Demokrasi dan Hai Ehwal Ekonomi (IDEAS), Adli Amirullah berkata, terdapat banyak faktor dalam menentukan kadar tukaran ringgit dengan faktor luaran lebih jelas dengan dolar AS lebih kukuh sejak awal tahun ini.

Katanya, dengan ketidakpastian dalam pasaran dunia disebabkan perang dagangan dan harga minyak yang tidak menentu, ia sememangnya amat sukar untuk membuat jangkaan apa akan berlaku pada kadar tukaran ringgit sehingga akhir tahun ini.

Bagi faktor dalaman, ia secara dasarnya telah membantu ringgit menjadi sedikit kukuh berbanding tahun talu apabila mencatat paras lebih tinggi hari ini berbanding Jun 2017 yang berlegar antara RM4.26 hingga RM4.29 berbanding dolar AS.

“Antara sebabnya adalah kerana skandal-skandal terdahulu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah dimulakan siasatan, ditambah pula dengan rancangan kerajaan baharu untuk memperkukuhkan institusi kerajaan, mata wang kita menjadi lebih sedikit kukuh secara relatif.

“Mengenai dasar-dasar kerajaan yang masih belum jelas, ia tidak semestinya menyumbang banyak kepada turun naik ringgit tetapi kerajaan harus peka dan memberi kepastian kepada pelabur asing mengenai dasar ekonomi negara supaya pelabur asing lebih yakin dalam membuat pelaburan di dalam Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pagi ini, ringgit dibuka rendah pada RM4.0860 berbanding dolar AS, iaitu paras terendah dicatatkan sejak 27 Disember 2017 sebelum kembali pulih didorong oleh minat pembelian walaupun di sebalik pasaran serantau yang lemah. Ini disebabkan tindakan AS semalam untuk mengenakan sekatan terhadap sektor kewangan dan perindustrian Iran. Presidennya, Hassan Rouhani menyifatkan pentadbiran AS ‘tidak boleh dipercayai atas sebarang rundingan’ selepas menarik diri daripada rundingan nuklear Iran yang dicapai pada 2015,8 Mei lalu.

Dalam masa sama, perang dagangan AS dan China juga semakin memuncak apabila minggu lalu Presiden Donald Trump mengarahkan Wakil Dagangan AS, Robert Lighthizer untuk mempertimbangkan ca-dangan tarif sehingga AS$200 bilion (RM815.30 bilion) bagi produk China kepada 25 peratus berbanding 10 peratus. Susulan itu, China dilaporkan bersedia untuk mengenakan tarif bernilai AS$60 bihon (RM244.59 bilion) ke atas produk AS.

Mengenai prestasi ringgit sepanjang Julai, Ketua Ekonomi dan Ketua Penyelidikan Ambank, Dr. Anthony Dass berkata, mata wang itu berada di bawah” tekanan dengan menyusut 0.6 peratus kepada RM4.0652 terutama disebabkan penyusutan 2.9 peratus mata wang yuan berbanding dolar AS yang turut memberi kesan ke atas ringgit.

Ringgit turut menerima tempias daripada aliran keluar asing daripada bursa tempatan sebanyak RM1.7 bilion pada bulan tersebut menjadikannya setakat ini berjumlah RM8.6 bilion manakala rizab menyusut kepada AS$104.7 bilion (RM426.81 bilion) pada akhir Jun lalu.

“Namun, kami menjangkakan ringgit akan terus kekal lemah dengan mengambil kira pengukuhan dolar AS dan be-berapa faktor yang berlaku secara berterusan menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan.

“Bank Negara Malaysia (BNM) juga dalam masa sama tiada keperluan untuk menyemak semula kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.25 peratus di sebalik jangkaan inflasi yang lemah berikutan pengenalan semula subsidi bahan api dan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang digantikan dengan cukai jualan dan per-khidmatan (SST),” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, BNM memberitahu, rizab antarabangsa menyusut AS$100 juta (RM407.65 juta) kepada AS$104.5 bilion (RM425.99 bilion) pada 31 Julai 2018 berbanding AS$ia4.6 bilion (RM426.4 bilion) yang direkodkan dua minggu sebelum itu.

Paras rizab mencukupi bagi membiayai 7.5 bulan import ter-tangguh dan l.l kali hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa ini terdiri daripada simpanan mata wang asing sebanyak AS$98.2 bilion (RM400.31 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antara-bangsa, AS$900 juta (RM3.67 bilion); Peruntukan Hak Pengeluaran Khas, AS$i.2 bilion (RM4.89 bilion); emas, AS$i.5 bilion (RM6.11) dan aset rizab lain, AS$2.7 bilion (RMll.Ol bilion),” katanya..


First published in Utusan Malaysia,  August 8, 2018.

2018-08-08T16:03:06+00:00 8th August 2018|News|Comments Off on Ringgit, bursa mengukuh