Publications > News

Program kenderaan cekap tenaga mungkin dirombak

Program kenderaan cekap tenaga (EEV) di bawah Dasar Automotif Negara (DAN) 2014 mungkin akan dimansuhkan atau dirombak jika rancangan kerajaan untuk mengenakan sekatan ke atas import kereta asing menjadi kenyataan.

MIDF Research berkata, walaupun masih belum pasti jika program EEV akan dimansuhkan sepenuhnya atau ada rancangan untuk merombak program itu, Perdana Menteri sudah memberikan petunjuk mengenai hasrat kerajaan untuk menilai ‘standard tertentu’ bagi mengehadkan akses kereta asing ke negara ini.

Keperluan AFTA
Antara kemungkinan lain, kata firma penyelidikan itu termasuk melihat semula kepada standard minimum pengeluaran tempatan, sejajar dengan keperluan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), selain menetapkan bahawa alat ganti kritikal terpilih dikeluarkan secara tempatan.

“Selain itu, dasar baharu juga mungkin akan memberikan ganjaran kepada pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang dibuat pada peringkat domestik.

“Ia juga memerlukan pengeluar peralatan tulen (OEM) asing menganggap Malaysia sebagai hab serantau. Ini boleh merintis kepada pembangunan tempatan yang lebih mendalam dan bermakna, di samping meningkatkan lagi pemindahan teknologi. Selain itu, Malaysia juga perlu membangunkan lebih banyak vendor Tahap 4 dan Tahap 5 bagi meningkatkan daya saing industri,” katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin dilaporkan berkata, kerajaan sedang meninjau kemungkinan untuk mengenakan had ke atas import kereta asing,

Malaysia perlu terbuka
Perdana Menteri berkata, Malaysia ketika ini terlalu terbuka untuk membenarkan kemasukan semua jenis kereta asing ke dalam negara, khususnya selepas DAN 2014. Dr Mahathir juga menjelaskan bahawa kerajaan akan memastikan sebarang langkah akan mematuhi perjanjian perdagangan bebas dan menimbangkan sekatan dari segi standard serta melihat kepada kelemahan industri tempatan yang memerlukan perlindungan.

Teras kepada DAN 2014 adaiah program EEV. Sebelum 2014, ada pembekuan ke atas pemberian lesen pengeluaran baharu kecuali kepada kereta kapasiti enjin mele-bihi 1.8 liter dan berharga di atas RM150,000.

Pembekuan itu dimansuhkan di bawah DAN 2014, jika model yang dikeluarkan layak sebagai EEV. Sementara itu, firma penyelidikan itu berkata, rancangan untuk mengenakan sekatan ke atas import kereta asing boleh mewujudkan persaingan tidak seimbang dan membantutkan pertumbuhan pelaburan asing ke dalam sektor itu.

la berkata, impak sedemikian boleh berlaku jika sekatan sepenuhnya dikenakan, termasuk kepada model pemasangan tempatan (CKD). Sementara itu, Ahli Ekonomi Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Adli Amirullah, berkata kerajaan perlu jeJas mengenai rancangannya terhadap dasar automotif negara bagi membangunkan industri kereta domestik yang berdaya saing.

Beliau berkata, Malaysia perlu terbuka kepada perdagangan dan persaingan, berbanding sokongan langsung kerajaan, bagi membangunkan industri kereta yang berdaya saing.

“Kerajaan perlu jelas mengenai rancangannya bagi dasar automotif. Standard teknikal ke atas import bagi menjamin keselamatan penumpang adaiah dialu-alukan, namun halangan lain kepada perdagangan, termasuk cukai dan duti bagi melindungi industri domestik, perlu dielakkan.

“Kerajaan perlu mempunyai minda yang jelas mengenai hala tuju yang dirancang,” katanya.


This article first published in Berita Harian, on August 01, 2018.

2018-08-01T13:46:42+00:00 1st August 2018|News|Comments Off on Program kenderaan cekap tenaga mungkin dirombak