TPPA peluang untuk memperbaiki tadbir urus negara

Kuala Lumpur, 22 Januari 2016 – IDEAS telah melancarkan hasil kajian terbaru bertajuk “Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA): Pemangkin Pembaharuan Tadbir Urus Negara”. Kertas kajian tersebut dihasilkan sebagai persediaan untuk sesi khas Dewan Rakyat pada 26 dan 27 Januari akan datang, dan Dewan Negara pada 28 Januari.

Kertas kajian ini diharap boleh menjadi rujukan oleh Ahli-Ahli Parlimen untuk menyokong TPPA kerana perjanjian itu boleh memastikan tadbir urus negara menjadi lebih telus dan akauntabiliti yang lebih baik.

“TPPA adalah satu peluang yang sangat berharga untuk Malaysia bagi menangani kelemahan tadbir urus seperti masalah rasuah dan sistem perolehan kerajaan yang masih belum sempurna. Tatkala kemahuan politik untuk menjadi lebih baik kini semakin lemah, TPPA boleh menjadi pemangkin penting untuk memastikan Negara kita kembali ke landasan yang sewajarnya,” kata Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif IDEAS,

Ada beberapa faedah sosio-politik yang penting yang akan dihasilkan oleh TPPA dan semua ini perlu dipertimbangkan dalam membuat keputusan ama ada kita perlu menandatangani TPPA atau tidak.  Kertas kajian kami membicarakan faedah-faedah ini dan kami menyru ahli-ahli parlimen menyokong cadangan agar Malaysia menandatangani TPPA.”

Kajian IDEAS itu mendapati bahawa TPPA boleh menjadi pemangkin dalam bidang:

1. Memperkukuh sistem anti-rasuah di Malaysia
2. Mempertingkatkan tadbir urus dalam Syarikat Milik Kerajaan (Government Linked Companies, GLCs).
3. Menggalakkan kerajaan untuk meningkatkan akauntabiliti dan lebih konsisten
4. Memastikan bahawa sistem perolehan lebih telus dan akauntabiliti

“TPPA adalah saltu langkah kearah yang betul untuk memastikan usaha penambahbaikan tadbir urus Negara akan terus berjalan,” kata Wan Saiful lagi.

Untuk mendapatkan Kertas Kajian dan lembaran FAQ (Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia), sila lawati laman web IDEAS.

TAMAT

 

For media enquiries:  T: +603 6201 8896/ 8897 E: wansaiful@ideas.org.my

About IDEAS

IDEAS is Malaysia’s first think-tank dedicated to promoting market-based solutions to public policy challenges. We are an independent not-for-profit organisation. As a cross-partisan think tank, we work across the political spectrum. Our purpose is to advance market-based principles, and we are not bound by party politics, race or religion. Our mission is to improve the level of understanding and acceptance of public policies based on the principles of rule of law, limited government, free markets and free individuals. For more information, please visit http://ideas.org.my/

Leave a comment