Kos Pematuhan Perusahaan Kecil Sederhana di Malaysia

Kos Pematuhan Perusahaan Kecil Sederhana di Malaysia

Sempena penerbitan Polisi IDEAS ke-62 — Kos Kepatuhan PSK di Malaysia, beberapa infografik mengenai realiti yang dialami Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) telah dikongsikan di laman media sosial kami. Berikut merupakan kapsyen setiap infografik tersebut:

1. Peraturan Papan Iklan Perniagaan antara empat peraturan yang paling membebankan perniagaan di Malaysia. IDEAS berharap pihak berkuasa tempatan dapat memberi perhatian yang serius kepada perkembangan ini.

2. Purata kos untuk memohon visa dan permit pekerja adalah RM 1,540.68 dan proses yang diambil adalah selama 14 hari.

3. Hasil daripada temubual kami bersama 120 peniaga kecil dan sederhana di sekitar Lembah Klang mendapati kerajaan hanya merujuk kurang daripada 23% daripada jumlah PKS untuk konsultasi mengenai peraturan-peraturan perniagaan.

4. Tahukah anda, hanya 33% daripada jumlah PKS percaya bahawa laman sesawang kerajaan sebagai rujukan utama bagi menyemak peraturan-peraturan kerajaan manakala 57% percaya sumber media tradisional sebagai sumber yang sahih.

5. Tahukah anda, sebanyak 7%-35% PKS lebih cenderung menggunakan pembayaran atas talian untuk pembayaran mengenai peraturan perniagaan? Manakala, sebanyak 58%-89% PKS lebih cenderung melakukan pembayaran di kaunter atau penyumberan luar untuk tujuan yang sama.

Kertas dasar tersebut boleh dimuat turun di sini.

2020-06-05T12:49:05+00:00 23rd October 2019|Infographics|Comments Off on Kos Pematuhan Perusahaan Kecil Sederhana di Malaysia