Publications > News

Kaji henti jual rokok di zon bebas cukai

Kuala Lumpur,25 October 2018-  IDEAS kemuka cadangan sebaeai usaha bendung perdagangan haram produk tembakau.

Penamatan jualan rokok bebas cukai di zon bebas cukai seperti di Langkawi, Labuan dan Tioman adalah perkara yang wajar dikaji menjelang pembentangan Bajet 2019, sebagai antara usaha membendung aktiviti dagangan haram produk tembakau di negara ini.

Cadangan berkenaan dibuat Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menerusi laporan kajiannya bertajuk Countering Illicit Trade: Lessons from Abroad yang disiarkan semalam.

Badan pemikir itu berkata, ia berikutan pengakuan oleh kerajaan terdahulu bahawa pulau bebas cukai berkenaan menjadi sumber bagi mendapatkan produk tembakau secara haram.

Sebelum ini, cadangan untuk menghentikan jualan rokok bebas cukai sudah dibuat tetapi ia gagal dilaksanakan.

“Menjelang Bajet 2019, adalah penting untuk kerajaan me-ningkatkan usaha membendung aktiviti dagangan haram, yang mana ia menjejaskan penda-patan kerajaan serta memberi kesan negatif kepada perniagaan yang sah.

“Kerajaan wajar mencontohi beberapa negara lain (dalam menangani perkara ini) dan menetapkan strategi yang jelas, diatur pada tingkat tertinggi untuk mengatasi masalah ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Ali Salman.

Katanya, kerajaan kini perlu menghentikan jualan rokok bebas cukai dan ia boleh dilaksanakan dalam satu tempoh masa yang terhad yang boleh dikembalikan sekiranya kapasiti penguatkuasaan telah bertambah baik.

Selain itu, IDEAS turut mencadangkan supaya kerajaan berhenti menaikkan duti eksais ke atas tembakau dan mempertimbangkan untuk menyemak semula regim percukaian semasa.

Ia berikutan peningkatan pel-bagai cukai yang dikenakan ke atas rokok telah menyebabkan harganya meningkat dan mem-bawa kepada pertambahan jumlah perdagangan haram bagi tembakau.

Laporan itu menyebut bahawa kerajaan tidak seharusnya menaikkan lagi harga rokok, sebaliknya mencontohi negara lain seperti Kanada dan Pakistan yang berjaya mengurangkan dagangan rokok haram selepas memperbaharui duti eksais mereka.

Ali berkata, cadangan yang dikemukakan adalah praktikal untuk membanteras perdagangan haram berdasarkan pen-galaman negara lain di seluruh dunia.

“Kerajaan semasa dalam manifestonya komited untuk mengambil langkah bersungguh-sungguh dalam mengurangkan perdagangan haram di negara ini yang memusnahkan perniagaan yang sah, menyebabkan bahaya sosial dan mengurangkan perolehan kerajaan.

Atasi masalah penyeludupan “Laporan berkenaan juga me-nggesa kerajaan untuk melaksanakan strategi yang lebih kukuh untuk membendung perdagangan haram. Ia bukanlah satu masalah yang unik kepada Malaysia.

“Banyak negara sudah berjaya mengatasi masalah penyeludupan dan penjualan barangan palsu dengan mengguna pakai teknologi yang lebih baik, penalti yang lebih ketat di samping mendidik rakyatnya,” katanya.

Antara cadangan lain yang terkandung dalam laporan berkenaan termasuklah melaksa-nakan strategi silang kerajaan dengan pemilikan politik yang jelas.

Ini bermaksud, kerajaan perlu menubuhkan Tenaga Kerja Perdagangan Haram yang dipenge-rusikan oleh Menteri Kewangan dengan penyertaan daripada agensi terbabit untuk memantau pelaksanaan strategi berkenaan dan memastikan semua agensi yang berkenaan turut sama menyumbang.

Mengulas lanjut, Ali berkata, IDEAS turut mencadangkan kerajaan supaya segera mene-ruskan rancangan untuk mengenakan penalti sebanyak RMioo,ooo kepada mereka yang didapati bersalah.

“Penalti yang dikenakan pada masa ini tidak memadai dan perlu dinaikkan selaras dengan cadangan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Selain itu, kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk mengehadkan akses bagi beberapa barangan import kepada hanya satu pintu masuk. Di bawah langkah ini, import produk yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi hanya dibe-narkan di satu pintu masuk ke dalam negara ini,” katanya.

Sumber penguatkuasaan, jelas beliau, boleh memberi tumpuan penuh ke atas pintu masuk ini dan import produk yang sampai ke pintu masuk lain boleh dirampas.

Polisi baharu ini, tambahnya, hanya perlu digunakan terhadap beberapa produk khusus seperti tembakau yang mempunyai risiko tinggi dalam perdagangan haram.


First published in Berita Harian, 25 October 2018

2018-10-25T12:14:03+00:00 25th October 2018|News|Comments Off on Kaji henti jual rokok di zon bebas cukai