Publications > Media Statements

Beri Subsidi Minyak Hanya Kepada B20

PETALING JAYA, 14 January 2020 – Kerajaan patut mengehadkan perbelanjaan untuk subsidi minyak hanya bagi golongan 20% berpendapatan terbawah (B20) dan bukan meluaskan program subsidi kepada isi rumah golongan 40% berpendapatan menengah (M40), kata seorang ahli ekonomi.

Carmelo Ferlito berkata soalan yang harus ditanya bagaimana program subsidi itu akan dibiayai.“Ini soalan pertama yang haus kita tanya setiap kali wang mengalir keluar dijanjikan, bagi menyokong permintaan dan kuasa beli.”

Ferlito, seorang felo kanan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, berkata peruntukan untuk subsidi minyak mungkin mengalakkan orang mengamalkan tabiat berbelanja, merangsang perbelanjaan berkaitan seperti kenderaan bermotor atau tol.

Wang kerajaan yang dibelanjakan untuk subsidi akan menarik dana daripada pengangkutan awam, katanya.

Program subsidi petrol kerajaan yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Januari ditangguhkan. Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata orang dalam M40 boleh mendaftar untuk program subsidi pada suku ke-2 2020.

Ferlito berkata suatu masalah besar akan muncul apabila subsidi digantung kerana kekurangan sumber.

“Orang ramai akan perlu mengkaji semua tabiat penggunaan masing-masing, memberi kesan pada permintaan untuk petrol dan industri berkaitan. Hasilnya boleh jadi lebih buruk daripada permulaannya,”katanya.

Beliau mencadangkan subsidi minyak dihadkan kepada B20 dalam jangka masa pendek, manakala penyelesaian yang lebih berstruktur, seperti menambahbaik pengangkutan awam dan hubungan antara bandar, boleh dipertimbangkan dalam jangka masa panjang.

Seorang lagi ahli ekonomi, Yeah Kim Leng berkata keberkesanan program subsidi untuk M40 bergantung kepada jumlah dan sebanyak mana ia membantu mengurangkan perbelanjaan untuk bahan bakar berbanding kenaikan kos sara hidup.

Yeah dari Sekolah Perniagaan Universiti Sunway berkata langkah-langkah lain seperit latihan kemahiran, peluang jana pendapatan untuk isi rumah M40, dan inisiatif-inisiatif pembangunan lain tidak akan beri kesan segera dalam menurunkan kos sara hidup.

Katanya, ramai orang dalam golongan berpendapatan menengah yang menggunakan pengangkutan awam dan berkongsi kereta, dan subsidi pengangkutan untuk semua isi rumah M40 akan lebih saksama dan mengalakkan lebih ramai M40 menggunakan pengangkutan awam. – FMT


First published in The MyNewsHub, 14 January 2020

2020-01-14T10:08:51+00:00 14th January 2020|News|Comments Off on Beri Subsidi Minyak Hanya Kepada B20